MAHU MAKAN DEPAN BELAKANG 360•
kemampuan manusia tak menjangkau 360 darjah jika dia waras (gambar hiasan) |
" Ko ketua zon undi sudah dilantik, kenapa mau bising-bising. Ko taukah, ko yang sudah berjawatan, bising begini boleh dibawa tindakan langgaran undang-undang" wahhhh! Bergaduh lak kumpulan duduk di meja selang sebaris je ngan pu3.
Bunyi memang macm bertengkar. Rupanya perdebatan antara seorang ahli cawangan. Dengan rakannya yang bermuka lalang. Semua parti dia nak serta. Rakannya menegur perangainya yang tidak setia dan tidak mempunyai pegangan terhadap perjuangan.
Sebenarnya perangai lelaki tadi, bukan pelik dan satu2nya. So bukan spesies UNIK pun. Sebenarnya ada segelintir yang menyertai perjuangan politik ni orang sabah kata " pok makan bah. Tapun sana tapun sini, mana tau nasib baik" lawaknya jenis2 macam ni memang bernafsu tinggi nak berjawatan dan mengharap balasan. Kalau tidak diberi kehendaknya sah mulutnya akan berbunyi kalah lagi Dey jay radio. Belum lagi lenggok tangannya mengalahkan Polis trafik yang membantu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.
Demam PRU ni, mana2 bilik gerakan dibuka, tidak kira bilik gerakan BN ataupun pakatan ataupun parti nak bermula, semua dia redah. Jual maruah asalkan diterima. Prinsip kesetiaan dan kesan pada generasi akan datang belakang kira. Asal kehendak nafsu dunianya tercapai. Berhati-hati dengan jenis-jenis seperti ini. Mulutnya lebih manis dari madu, kipasnya lebih kuat dari ribut. Salah penilaian, terpilih dan terberi pula kepercayaan. Silap langkah, kempen tak ke mana, tercapai terkandas pula.
Inilah manusia pejuang 360 darjah. Maaflah pu3 tk gemar mempunyai rakan-rakan sedemikian. Tak boleh diberi kepercayaan langsung tetapi dilemah pula tak boleh dibuat musuh! Huhuhuhuhuhu!!!!
Comments
Post a Comment