PEJABAT DAH BUAT, UMUM MUKTAMAD BILA?
RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN |
Dua tiga kali pu3 lalu kawasan tu untuk memastikan info rakan betulkah tak. Dah bangunkan pejabatdepan lintasan keretapi dan shell. siap ada memaklumkan pejabat DUN "tuuuutttttt" pu3 tak nk umumkan dulu. Sesiapa yang 1 daerah dengan pu3 mesti tahu mana lokasi pejabat tu.
Cerita kedai kopi hari ini sekadar menegur kepimpinan yang suatu masa dahulu menjadi konstroversi dengan tindakan nekadnya "lompat" masa tu pu3 tabik spring kat dia. Maklumlah pu3 budak sekolah lagi, tak tahu cerita sebenar. Ikut-ikut je gembira kerana keluarga pu3 sememangnya pure BN pun. Boleh tahan, hormatnya pu3 kepadanya kerana dia memperjuangkan hak rakyat.
18 tahun berlalu... Pu3 hanya memerhati perkembangannya. Jika dahulu sebagai anak luar politik, kini dah terlibat dengan aktifnya. Kalau tak, pu3 masih buta tentang dunia politik. Sedikit sebanyak pu3 memahami ragam pelbagai dalam masyarakat politik. Jangan nak kata "ALIM"lah bos. Kata I'm not interest about politic. Dalam kehidupan kita sememangnya dah menggunakan fungsi politik kehidupan. So jangan nak berdolak dalih yer. Kata tak minat, tapi duduk kedai kopi banyak pula koplen itu salah ini salah, dia je yang betul! Pirahhhhhh!
Berbalik pada kepimpinan ini. Kenapa dia bertindak dalam diam kempen tetapi kecut nak buat pengakuan. Decleare apabila dah pasti? Ish, main tarik-tarik sorong pula. Kalau nak keluar, isytihar je.. Tak payah nak bersyarat. Sekarang bukan masa nak melayan kerenah pemimpin yang hanya mementingkan diri sahaja tanpa memandang kepentingan rakyat. Masa ini kita nak memenuhi perjuangan dan permintaan ramai, setakat individu tu, tolak ketepilah dulu .
Kalau benar perjuangkan rakyat, so aa lagi lepaskanlah jawatan dalam parti sekrang. Tak perlu letak banyak syarat nk itu nak ini. Hanya kerana nak memastikan kedudukan akan datang terjamin. Andai rasa diri ni memang POWER dalam rakyat. Tunjukkan kepoweran itu dengan jujur kelak , pu3 tabik kat yb zulkifli noordin , kepimpinan PKR.. Oppss mantan kepimpinan PKR yang tak suka perjuangan tak seirama dengan mereka terus umum keluar. Why not mana2 gunting dalam parti tu sedarlah sikit, tak sehaluan. ..... Faham kan maksud pu3. Pu3 tak akan kata ya, baca dan tahu maksud pu3.
Walau pu3 bukan pengundi kawasan pemimpin ini, tetapi sebahagian besar keluarga pu3 adalah pengundi pemimpin ini. Pu3 tak mahu keluarga pu3 dipermainkan sebegini. Ini bukan masalah parti tetapi masalah dalaman pemimpin itu. Dia pengecut nak mengaku tetapi mengarah orang-orangnya berkempen habis. "Main belakang"
"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai" nasihat ini pernah diberi kepada pu3. Sebagai cabaran kepada pu3. Sekrang pu3 hadiahkannya pada pemimpin itu. Beranilah nak berdepan keputusan. Muktamadkannya. Jangan nak jadi semalu. Kuncup bunga tapi durinya menikam!
Comments
Post a Comment