NIK AZIZ NAIK BERANG! TUTUP MULUT...!!!!!

Tutup Mulut!!!!!  Semua Kena Ikut Nasihat Nik Aziz

Panas giliran Nik Aziz pula kena... Kenyataan Hasan Ali hari ini membayangkan pemimpin PAS sekarang jadi "tukang angguk-angguk geleng-geleng", siapa lawan Anwar atau DAP... buruk padahnya...

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hormati nasihat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memintanya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu pemecatannya.

Namun, Hasan juga menegaskan, nasihat tersebut perlu diikuti oleh semua pihak termasuk pimpinan tertinggi Pas. Beliau dipecat sebagai ahli Pas Ahad lalu. Hasan berkata, walaupun keahliannya dipecat serta-merta, namun beliau masih lagi menganggap Menteri Besar Kelantan itu sebagai guru beliau. Menurutnya, segala nasihat yang diberikan oleh Nik Aziz akan menjadi panduan utama dalam perjuangan beliau pada masa hadapan.

"Saya hormati Nik Aziz sebagai tok guru, beliau suruh tutup mulut, semua orang perlu tutup mulut, termasuk orang yang bercakap itu sendiri," katanya pada sidang media di kediamannya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Nik Aziz agar beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengkritik dasar parti.

Kelmarin, Nik Aziz menegaskan tindakan Hasan terus membuka mulut dan bercakap secara terbuka, menunjukkan seolah-oleh beliau tidak cerdik dalam membuat keputusan.

(Sumber : nurul nizam FB)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments