DI MANA KESETIAAN? KEDUDUKAN ATAU PERJUANGAN UNTUK AKAR UMBI?
selamat menghadapi peperiksaan semestar (Gambar hiasan) |
mulai sekarang selain dari pandangan terhadap situasi dan isu semasa, pu3 akan masukkan juga cerita-cerita yang pu3 perolehi dari oarang awam. pu3 letakkan ia sebagai label CERITA KEDAI KOPI
ini tulisan pertama bertemakan cerita kedai kopi :
Desas desus kedengaran. Tetapi belum ada muktamadnya. PARTI BARU? Tak dapat pencalonan akan keluar parti? Itulah khabar angin yang pu3 baru terima. Individunya pu3 dah tau n kenalpasti, cuma pengakuannya belum dapat.
mula-mula pu3 dengar cerita dari seorang pengawal keselamatan tentang MANTAN yang konon dok kempen bakal jadi calon lawan di kawasan dengan menggunakan PARTI BARU. pu3 pun terfikir, parti apa yang baru lagi ini selain STAR, USNO BARU.... kot ada lagikah? hmmm.. ada2 sahaja. mungkin sekadar cerita. teteapi...... dengar lagi semalam, kali ini dari rakan yang dikenali. siap ajak kawan pu3 ikut serta jika comfirm! eh biar betul...
Namun orang-orang kuatnya sudah bercanang kempen mencari sokongan seandainya PARTI BARU muktamad ditubuhkan. Nama ? Belum ada maklumat yang pu3 terima. Sungguh mengecewakan. Sebenarnya mereka ini berjuang untuk kepentingan rakyat atau kepentingan kedudukan pribadi mereka? Alahai! Dahler seminggu ni hangat pakatan tentang apa yang dikatakan. Kata suara akar umbi.. Akar umbi kebendanya, kata akur dengan keputusan, belum keputusan dan pengumuman dah ada plak perancangan.. Ish3.... Tindakan menyedihkan.
Siapa? Pu3 tak akan maklumkan siapa individu tersebut, walaupun pu3 kenal siapa mereka ini. Pu3 tak akan dedahkannya sehingga ia sebenarnya khabar tepat.
Pu3 sengaja nyatakan di sini sekadar teguran seorang anak kepada orang tuanya. Seorang adik kepada abang dan kakaknya, seorang cucu kepada nenek dan datuknya, suara pandangan muda kepada yang lebih dewasa pada usianya. Rentikanlah politik tampuk lama. Tak dicalon terus keluar parti. Mana kesetiaan? Tak dipilih terus boikot, mogok. Begitukah seorang guru mengajar anak muridnya? Nampak sangat tak ikhlas dalam perjuangan jika sedemikian. Tak boleh dijadikan contoh sebagai rujukan. Apa lagi jadi ikutan.
P/s: pu3 menilai mana pemimpin berhati akar umbi, atau pemimpin beraja di hati. Ia akan menyerlah suatu masa. Tunggggguuuuu! Ouch!
Comments
Post a Comment