BACA dan RENUNGKAN

andai fikiran tak searah. sama juga kedudukan seperti gambar ini.
Cerita kedai kopi

Jika menjadi ahli tak berkualiti, yang kulit dikatakan isi
Jika menjadi ahli tak berkualiti, kuat kipas tak berhenti
Jika menjadi ahli tak berkualiti, suara je kuat minda tak berisi
Jika menjadi ahli tak berkualiti, semua salah lagaknya diri
Tak berhenti mengikut hati ,

Andai ahli tak ikhlas, buat kerja serba malas,
Andai ahli tak ikhlas, hadapan lawan, lari bak lipas
Andai ahli tak ikhlas, budi diberi tuba di balas
Andai ahli tak ikhlas, pemata dibuang diganti gelas
Alahai sedihnya hati.. Kenapa ada yg tak waras

Kalau ahli tak tau malu, muka tebal tak tau sipu
Kalau ahli tak tau malu, umpama pandir dgn labu
Kalau ahli tak tau malu, lidah cabang hati hantu
Malangnya andai jenis begitu

Bosan mendengar suara mencanang
Konon berjuang lawan ditantang
Habis dijerkah, sepak terajang
Dari si A -Z semua terlentang
Konon semua pantang nenek moyang

Bila bertingkah sebalik cara
Ludah diluah diambil semula
Cakap dahulu kembali beraja
Rupanya merajuk nak diberi kuasa
Itulah dia manusia tak berharga

# malam ini pu3 sengaja bermain kata, lepas rasa berbulu di hati. Saja nak menyindir pada yang lakukan. Baik kembali ke pangkal jalan. Perjuangan mulia jangan dinoda, rosak binasa anak bangsa. Di akhirat kelak siapa nak jawab, amanah diberi tak dijaga.#

Comments