PARASIT DALAM PAS!!! HANYA DTK DR HASSAN ALI JE TAHU!!

Dtk Dr Hassan Ali mendedahkan ada PARASIT dalam PAS
Senarai Nama 'Parasit' Dalam PAS Yang Dikatakan Oleh Dr Hasan Ali!!

Di dalam sidang media pagi tadi, Dr Hasan Ali menegaskan tidak akan menyertai parti UMNO. Tetapi dalam masa yang sama, beliau tidak akan masuk kembali ke dalam parti PAS selagi pemimpin-pemimpin PAS yang digelar 'parasit' oleh beliau masih berada di dalam parti yang tidak demokratik itu.

Subky Latif juga seperti membayangkan tiada demokratik di dalam parti PAS apabila menulis "Melepaskannya (Hasan Ali) dari PAS adalah untuk membebaskannya bersuara bebas seperti yang dijamin oleh perlembagaan negara."

Kita masih tertanya-tanya senarai pemimpin PAS yang bergelar 'parasit' itu. Malah, MiM percaya di dalam kepimpinan PAS sendiri resah gelisah jika mereka adalah 'parasit' itu.

1. Apakah 'parasit' itu Hadi Awang, Presiden PAS itu sendiri atau pun Nik Aziz kerana terdapat pendedahan yang mengatakan mereka berdua yang beria-ia sangat Hasan Ali dipecat walhal jawatankuasa PAS hanya mahu Hasan Ali digantung keahliannya buat seketika? Baca pendedahan itu Baca Sini

2. Apakah 'parasit' itu Mahfuz Omar yang digelar 'bangkrap fikiran' atau pun Mustafa Ali yang digelar 'veteran bongkak' oleh Hasan Ali? Baca Sini

3. Apakah Mat Sabu, Naib Presiden PAS orangnya ?

4. Atau, apakah 'parasit' itu terdiri daripada kepimpinan PAS Selangor itu sendiri yang dilihat terlalu tunduk kepada parti DAP dan tidak menyokong perjuangan Hasan Ali di negeri itu ?

Rasanya, penganalisis politik sudah dapat mengagak senarai 'parasit' yang dikatakan oleh Hasan Ali. 

Tetapi dalam masa yang sama, mampukah Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor itu melakukan penyahparasitan dari luar parti PAS?

Apakah pemimpin-pemimpin PAS yang simpati dengan beliau sanggup menggugurkan jawatan masing-masing seperti Hasan Ali dan berjuang di luar parti PAS? Beranikah mereka atau sekadar simpati pada mulut sahaja?

Jika kita lihat kronologi isu ini, beberapa pemimpin PAS telah menyatakan sokongan mereka dengan hadir ke rumah Hasan Ali apabila beliau dipecat baru-baru ini. Tetapi apakah cukup dengan hadir ke rumah sahaja tanpa mereka sendiri bertindak keluar parti?

Dan apakah Hasan Ali mampu mengubah parti PAS sedangkan beliau sendiri tidak boleh melakukannya semasa memegang jawatan di dalam parti PAS sebelum ini?

Ramai yang simpati tetapi ramai juga yang skeptikal dengan 'perubahan parti PAS' ungkapan Hasan Ali.

Beliau boleh buat road tour atau ceramah seluruh negara tetapi dengan cara itu, beliau akan membuka pekung di dada kepimpinan tertinggi PAS. Sudah tentu beliau berharap agar 'parasit- parasit' itu tiada lain dalam parti sama ada kalah dalam pilihanraya atau pun pemilihan kepimpinan PAS seterusnya.

Tetapi apakah Hasan Ali sanggup melihat parti PAS kalah besar di dalam PRU13 dek pendedahan beliau sedangkan beliau mengaku 'hati besar dan hati kecil' masih sayangkan parti PAS?

Dan kita perlu ingat, di dalam politik, seteru boleh menjadi kawan dalam sekelip mata sahaja!

(Sumber : Nurul Nizam FB)

Comments