PEMECATAN ADA HIKMAH SEHARUSNYA SEMUA TAHU. BAGAIMANA KESETIAAN?

Dtk Dr Hassan Ali- suasana hangat dan konstrovarsi
Nampak semua fokus kepadanya. Sama seperti ketika pu3 masih bersekolah dulu. Hari2 pu3 serta rakan2 sangat suka mendengar celotehnya "CERMIN DIRI" sehingga pihak sekolah telah menggantung. Sebuah cermin besar untuk kami melihat diri di cermin itu dengan penuh keyakinan. Kini lensa . Mikrofon semua kembali tertumpu padanya.

Kenapa? Kerana kelantangannya mengkritik Partinya sendiri iaitu PAS. Parti yang memberinya peluang menjadi pemimpin sekarang. Parti yang dulu disanjung kerana dikatakan sebagai perjuangan Islam. Kini setelah berlaku rentetan peristiwa, persepsi sanjung dah berubah rasa.

Pu3 tahu, perjuangan PAS sememangnya bukan perjuangan jujur dan ikhlaspun dalam konteks 'memperjuangkan Islam'. Ia hanya mempergunakan istilah tersebut sebagai PEMUJUKAN individu untuk menyertainya.

Ada beberapa perkara pu3 fikirkan tentang hikmah dan punca berlaku. Tetapi untuk kali ini, pu3 nak sentuh konsep KESETIAAN sahaja

KESETIAAN : dalam konsep kesetiaan ini, selagi kita berstatus ahli dalam sesebuah kumpulan. Adalah lebih baik menunjukkan kesetiaan ke atasnya. Andai. Tiada keserasian, lebih baik tinggalkannya . Andai ada kelemahan yang dirasakan, tak perlulah menggunakan medium heboh untuk membetulkan. Bukankah ada perbincgan meja untuk berbincang mana yang retak diletakkan, mana yang sumbing dielokkan. Mana yg bocor ditampal.

Sebenarnya pernah pu3 berdebat dgn seorg kepimpinan. Berkenaan kenapa isu dalaman boleh disebar khalayak ramai. Dia menyalahkan media kerana menyebarkannya. Pu3 katakan, media tak boleh disalahkan kerana sememangnya itu tugas media. Yang perlud disalahkan individu yang bertindak menggunakan media sebagai medium promosi keburukan dalaman. Biasanya yang membuka perkara dalam ini, ia lebih kepada tidak ikhlas dan mengandungi agenda sendiri. Jeng jeng jeng.. Sendiri mau ingat.

Belum faham lagi? Baca berulang kali apa yg pu3 katakan di atas. Pu3 menggunakan bahasa paling mudah untuk sesiapa memahami maksud pu3.

Berbalik pada dr hassan Ali. Pu3 meletakkan konteks kesetiaan untuknya dua perkara:
I. Setia ada perjuangan agama Islam
II. Setia pada parti

Konteks pertama itu, sememangnya pu3 sangat mengkaguminya. Ia WAJIB dimiliki seluruh umat Islam termasuk pu3 sendiri. Tetapi konteks kedua itu, ikrar sewaktu menjadi ahli PAs. Ikrar semasa menerima amanah. ( Pu3 bukan ahli PAS. Tetapi pu3 ahli kpd UMNo. Jadi pu3 rungkaikan melalui fahaman pu3 perlembagaan umno sendiri dan pandangan pu3 berkenaan kesetiaan) cuba kaitkan semuanya berdasarkan. Tulisan pu3 dari awal lagi

Dtk Dr Hassan Ali, sebagai generasi yg sememangnya mengagumi YB Dr dahulu. Tak salah pu3 memberi pandangan kerdil ini. Perjuangan Islam ada di mana2. Keluar PAS bukan titik menamat perjuangan itu. Masih ramai menghargai perjuangan suci itu.  Berhentilah menghentam dan memburukkan Parti yang telah membuang YB Dtk Dr tu ( Nampak seperti individu yang gila talak pula. Maaf jahat sikit bunyi)  Sebagai pembenci PAS, pu3 memang sangggggaaat suka ada manusia sibuk memburukkan PAS. (tindakan yang dibuat kini sebenarnya boleh dijadikan bonus bagus. mungkin juga jadi masalah kepada BN. persepsi pakatan ini, mana kepimpinan yang menentang mereka dikatakan dibeli oleh BN. itu masalah juga!) Biar mata semua terbuka. Tetapi sebagai seorang yang mengaku memperjuangkan Islam. Pu3 risau, nanti pahala menjauh, dosa pula datang bertalu. Jangan marah ya, itu pandangan ikhlas dari pu3 buat Dtk dr Hassan Ali :)
seorang yang ikhlas tak pernah mendoakan keburukan ke atas hamba Allah yang lain (gambar hiasan)

pu3 melihat, perjuangan kepartian politik dan perjuangan keagungan Agama Islam adalah inteti yang berbeza. Tetapi tidak salah parti politik memperjuangkan Islam dengan tidak menyalahgunakannya. Jika hanya fokus perjuangan Islam, that why pu3 tak kagum pun bunyi dizahirkan oleh PAS ini. Cakap merapu banyak tapi kesahihannya langsung tak ada. Pu3 lagi kagum individu dan mana2 badan dakwah yang berdakwah Islam. mereka bergerak tanpa mempublisitikan dan mempopularkan diri mereka langsung. Dalam masa sama, mereka memberi sokongan mana2 agnesi yang memberi sumbangan menyertai perjuangan dakwah mereka. itu baru nampak ikhlas dalam perjuangan.
menyertai perjuangan yang menentang Islam ini dikatakan perjuangan Islam jelas salah percaturan. seolah memperhambakan diri kepada musuh Islam.

Ringkasan maksud pu3, setialah pada yang kita percaya, tinggalkan jika sebaliknya. Tak perlulah kita memburukkan rumah yang sedang kita duduki, walhal kita pemegang amanahnya, keihlasan perlu dizahirkan seperti apa bicara dituturkan. Renungkan..

Comments

Popular Posts