PENGHASUT WAJAR DIKENAKAN HUKUMAN MELALUI PERUNDANGAN


Berbaur hasutan memburukkan kerajaan. Pu3 tak mahir dalam soal perundangan. Yang pasti walau mungkin pihak pendakwa mendakwa hukuman tersebut tidak setimpal dengan kesan yang dilakukan. Bagi pu3.. hukuman wajar dikenakan pada setiap individu yang melakukan tindakan HASUTAN yang mengundang kepada situasi mengganggu ketenteraman awam di Malaysia.

Baca ini

UTHAYAKUMAR DIPENJARA KERANA TULIS SURAT HASUTAN KEPADA GORDON BROWN

KUALA LUMPUR:  Peguam P. Uthayakumar hari ini dipenjara dua tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menulis sepucuk surat berbaur hasutan kepada bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown enam tahun lepas.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain memerintahkan Uthayakumar menjalani hukuman penjara itu hari ini.

Ahmad Zamzani menjatuhi Uthayakumar hukuman itu selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Dalam keputusannya, hakim itu berkata mahkamah memandang serius perbuatan yang dilakukan tertuduh di bawah Akta Hasutan 1948.

Mengikut pertuduhan pindaan, Uthayakumar didakwa menulis sepucuk surat yang berbaur hasutan yang dialamatkan kepada Gordon Brown, yang ketika itu merupakan perdana menteri Britain di 10 Downing Street, London, United Kingdom.

Uthayakumar yang diwakili peguam M. Manoharan, didakwa melakukan kesalahan itu di satu alamat di Jalan Toman 7, Kemayan Square, Seremban, Negeri Sembilan pada 15 Nov 2007, mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memohon hukuman penjara dikenakan terhadap tertuduh kerana hukuman denda tidak memadai bagi kesalahan itu.

"Tertuduh dengan jelas menghamburkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada kerajaan yang memerintah. Bukan kerana kami menyatakan kerajaan tidak boleh dikritik tetapi kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh dapat mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan negara," katanya.

Noorin berkata perkataan yang digunakan tertuduh seperti "mini genocide", "ethnic cleansing" dan "Islamic extremist" di peringkat antarabangsa menggambarkan perbuatan jenayah yang sangat dahsyat dan penindasan kaum yang amat kejam.

"Kenyataannya itu telah melampaui had antara kritikan yang sah dengan hasutan dan perbuatannya boleh mencemar perpaduan negara kita yang tidak boleh dipandang enteng," tegasnya lagi.

Noorin berkata tertuduh telah mencemar maruah negara dengan mewar-warkan surat yang ditulis kepada pemimpin luar negara itu di media elektronik yang boleh diakses secara meluas.

Uthayakumar yang kelihatan bersahaja sepanjang prosiding enggan mengemukakan rayuan untuk mengurangkan hukuman walaupun diberi peluang oleh mahkamah.

Tiga saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang perbicaraan bermula pada 2009 manakala pembelaan hanya mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh. -BERNAMA

Ps: pu3 menanti perbicaraan kumpulan kesayangan anwar yang bakal dibicarakan kelak. Harapan hukuman setimpal dikenakan ke atas mereka walau mencanak mereka hebohkan mereka tidak bersalah.

Comments

Popular Posts