AL-FATIHAH: SENIMAN S. SHAMSUDIN MENINGGAL DUNIA


KUALA LUMPUR:  Pelakon dan pelawak terkenal Seniman S. Shamsudin telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.

"Kira-kira jam 11 pagi arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kini jenazah arwah masih berada di Hospital Universiti Singapura.

"Arwah akan dikebumikan esok pada jam 11 pagi di Pusara Abadi, Singapura," jelas Husin Saaban seorang rakan artis arwah di Singapura.

Shamsudin atau Sahamsudin bin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 1 Januari 1929. Bapa beliau, Dali bin Kechik berasal dari Melaka, manakala ibu beliau, Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang Singapura.

S. Shamsuddin kemudiaannya berkahwin dengan Puteh binti Esmoon pada tahun 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak hasil dari perkahwinan mereka.

S. Shamsudin atau Sudin melakukan pelbagai pekerjaan kasar untuk membantu keluarga beliau sebelum menceburi dunia perfileman.

Antara lakonannya yang berjaya mencuit hati ialah Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok serta lakonan lain beliau adalah Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau. - Astro Awani
Ps: Al fatihah buat arwah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Comments

Popular Posts