PORTAL BERITA TIDAK AKAN DILESENKAN : NAJIB
Dah terjawab juga akhirnya. Tahniah YAB PM dengan kenyataan ini.
Sila baca
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan bertindak melesenkan portal berita sebagaimana dilakukan negara jiran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun, katanya, bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan tetap menguatkuasakan undang-undang yang ada.
"...bagi memastikan bahawa mana-mana pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berpelembagaan mahupun cuba 'subvert' sistem demokrasi berparlimen akan diambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Kewartawanan Malaysia 2013 dan penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2012 di sini, Rabu.
Berkuatkuasa 1 Jun, kerajaan Singapura telah mengenakan syarat baharu perlesenan terhadap portal berita yang sering memuatnaik isu berkaitan republik itu dan mempunyai sekurang-kurangnya 50,000 pengunjung sebulan, untuk mendapatkan lesen tahunan daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA).
Najib dalam pada itu berkata Malaysia sedang melalui transisi daripada sebuah negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi kepada sebuah negara maju dengan ekonomi berteraskan perkhidmatan moden dan berpendapatan tinggi.
Mengulas lanjut, beliau berkata proses itu mengubah kehidupan rakyat yang kini majoritinya tinggal di kawasan bandar serta peningkatan pendapatan yang menurunkan kadar kemiskinan berbanding semasa merdeka.
Selain itu, penembusan jalur lebar nasional yang berada pada kadar 60 peratus, pelaburan besar dalam bidang pendidikan serta liberalisasi sektor pengajian tinggi telah melahirkan kelas menengah yang semakin vokal dan endah hak.
"Kerajaan perlu kreatif dan inovatif dalam menguruskan realiti baharu ini. Kelas menengah yang semakin asertif dan mahukan lebih rundingan di dalam penggubalan dasar-dasar nasional yang menyentuh hala tuju masa depan mereka perlu dijadikan sebahagian daripada penyatuan nasional yang akan membentuk semula Malaysia," tegasnya. - BERNAMA
Ps: alhamdulillah. Walaupun pu3 ni hanyalah penulis maya . Pu3 hanyalah penulis tidak terkenal. Pengunjung pun sebulan antara 30-40k sahaja sebulan. Tupun bergantung story yang pu3 highlightkan.. almaklumlah.. blog yak terkenal.. kekdang kekawan banyak alasan tak nak baca. Konon susah nak baca blog ni.. kalau sewa line 1GB sebulan je banyak guna line.. xper.. ramai lagi rakan lain walau pu3 tak kenal tetap jadi pembaca setiap artikel yang pu3 kongsikan.
Apapun.. terima kasih PM bercadang untuk mengikuti jejak Singapura.
Agaknya.. cara singapura tulah kot para penulis alam maya pembangkang kata amalan media bebas kot. Senang jem kalau korang suka bebenor nak jadi rakyat singapura.. lucutkanlah kewarganegaraan Malaysia korang jadi warganegara singapura atau mana2 negara korang rasa konon bebas sangat!
Pu3 tetap yakin.. Malaysia mengamalkan kebebasan media sama ada media massa mahupun media alternatif. Walau dikawal melalui perundangan bagi mengelak salahlaku gelojoh penulis yang kekdang boleh guna terbabas langgar etika penulisan. Kalau tak bebas.. tak adalah sumpah seranah dan tabur fitnah bebas di udara kan.
Pu3 yakin.. undang-undang sedia ada ini dengan kejujuran dan ketelusan pelaksanaannya.. akan menjaga etika penulis agar lebih menjadi seorang manusia berpegang pada tanggungjawab mereka.
Comments
Post a Comment