MICHELLE YEOH KINI BERGELAR TAN SRI


KUALA LUMPUR:  Pelakon antarabangsa Datuk Michelle Yeoh, 49, adalah antara personaliti seni yang menerima Darjah Kebesaran Persekutuan 2013 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini.

Pelakon filem James Bond 'Tomorrow Never Dies' itu adalah penerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Pereka kasut terkenal antarabangsa Datuk Jimmy Choo dan pereka fesyen yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, Zang Toi masing-masing dianugerahkan darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Pakar bahasa, Prof Dr Awang Sariyan, yang merupakan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, turut menerima darjah PJN. - BERNAMA

Comments

Popular Posts