RAKYAT MALAYSIA DINASIHATKAN TIDAK MELAWAT IRAQ

Kementerian Luar menasihati semua rakyat Malaysia supaya menangguhkan atau tidak melakukan lawatan ke Iraq buat masa ini.

Sejak lebih setahun tentera Amerika Syarikat meninggalkan Iraq, beberapa kawasan di negara itu menyaksikan peningkatan indeks keganasan.

Bilangan keganasan dan kematian meningkat mendadak berbanding pada 2008.

Sejak dua bulan lalu, lebih 1,200 ratus orang terbunuh, sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa ia mungkin bergolak semula.

Pergolakan terbaru menyusul protes oleh pengikut fahaman Sunni yang mendakwa dilayan secara tidak adil oleh kerajaan didominasi Syiah pimpinan perdana menteri Nouri Al-Maliki.

Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.

Comments

Popular Posts