TUN M MAHU JADI PM ATAS SEBAB.....


Apabila merenung dan memikirkan apa yang dikatakan oleh Tun Dr M, ada kebenarannya. Soal PPSMI mahupun kebebasan mutlak internet. Bukan kerana pu3 pentaksub atas apa sahaja yang diutarakan oleh idola pu3 ini tetapi ideanya ada saatnya selari dengan apa yang pu3 fikirkan.

Baca dulu di bawah ni

Sebab itu saya mahu jadi PM sekali lagi" - Tun Mahathir
Haider Yutim | Kemas kini: Jun 19, 2013

KUALA LUMPUR:  Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu ucapan di forum CEO Perdana Leadership Foundation 2013 hari ini telah secara sinis menyebut tentang mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Mengulas tentang pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), beliau berhasrat mewujudkan sistem itu semula andainya beliau menjadi perdana menteri.

"Sebab itu lah saya mahu jadi perdana menteri sekali lagi meskipun hanya seminit," kata bekas perdana menteri itu dengan nada seloroh.

Sementara itu Tun Mahathir juga mula mempertimbangkan semula keputusannya untuk tidak melaksanakan tapisan terhadap internet sewaktu beliau menerajui Koridor Raya Multimedia (MSC) suatu ketika dahulu.
Jelas beliau, kebebasan internet menyebabkan masyarakat cenderung mengeluarkan kenyataan bersifat provokasi sekaligus menyebabkan ketidakstabilan negara.

"Semasa saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika samada kami akan adakan tapisan internet atau tidak.

"Saya beritahu kepadanya tidak... kita akan lebih bebas, tetapi sekarang saya sudah ada pandangan lain. Bila kita ada kebebasan mutlak, kita akan salah guna kebebasan tersebut," kata Tun Mahathir.

Beliau mengulas tentang tindakan dua individu yang telah menghina Nabi Muhammad dalam laman media sosial.

Ps: bukan soal mengganggu 'privasi' seseorang dalam internet. Lagipun pada pandangan pu3.. apabila kita membuat pengemaskinian status di media sosial bererti tiada lagi istilah kepribadian melainkan keterbukaaan kerana aoa jua yang dicatit dan dipublishkan akan ditatapi oleh seluruh pengguna alam maya. Tidak kira dalam twitter.. facebook.. blog.. apa sahaja. 

Pu3 melihat 2 perkara perlu dilakukan. 1 untuk individu kedua adalah tindakan penguatkuasa. Maksud pu3 berkenaan individu itu adalah kesedaran diri ke atas ketanggungjawapan mereka dengan tindakan yang mereka lakukan.  Untuk penguatskuasaan kerajaan pula adalah melakukan pemantauan serta tindakan lebih tegas ke atas prilaku pengguna alam maya untuk lebih bertanggungjawab. Berikan kebebasan amalan media itu tetapi dalam bentuk dikawal. 

Peperangan kini adalah peperangan lagi hebat berbanding senjata pemusnah. Iaitu peperangan mempengaruhi psikologi atau minda orang. Siapa yang tiada pegangan prinsip tegas ke atas tanggungjawab mereka. Individu-individu ini akan hanyut menjadi bangkai bergerak dalam peperangan ini.

Comments

Popular Posts