SEMUA PIHAK DIMINTA MENERIMA KEPUTUSAN PRU13: YANG DI-PERTUAN AGONG
KUALA LUMPUR 25 Jun - Semua pihak diminta untuk menerima segala keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan hati terbuka dan tidak perlu bermusuhan antara satu sama lain kerana politik.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bertitah, ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat perlu menumpukan sepenuh perhatian dalam pembangunan dan kemajuan negara demi kepentingan rakyat sejagat.
"Beta menyeru semua pihak terima dan hormati keputusan PRU13 yang diadakan baru-baru ini sebagai sistem demokrasi dan berganding bahu bagi negara melangkah kehadapan.
"Beta percaya komitmen kerajaan dalam merealisasi agenda transformasi dalam bidang keberhasilan nasional dan ekonomi dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat," titah baginda ketika majlis perasmian Pembukaan Dewan Rakyat panggal pertama kali ke-13 di sini, hari ini.
Turut berangkat hadir pada majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli Parlimen yang lain.
Sementara itu, baginda turut bertitah agar rakyat membuang sifat-sifat negatif yang boleh membawa kepada perpecahan dan mencari titik persefahaman untuk mengeratkan lagi perpaduan dalam masyarakat.
"Kerajaan Beta komited untuk memartabatkan Islam berteraskan Maqasid Syariah dan akan terus memelihara kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan," titah baginda. - KLPos dot com
Ps: malangnya.. MP pakatan memberi respond yang sangat biadap dengan mengkritik titah bahinda yang dikatakan bukan apa yang baginda zahirkan. Ianya adalah ucapan yang disediakan oleh YAB PM!
Bodohnya si Anwar dan Rafizi ni. Harap je jadi Ahli Parlimen tetapi akal letak ditapak kaki semata. PM hanya mampu mencadangkan yang memutuskan sama ia diterima atau tidak adalah keputusan Seri baginda sendiri
Comments
Post a Comment