Followers

BLACKOUT 505: CERAMAH, BERHIMPUN, BERDEMO, KUTIP DERMA!!!!!


Bab mengutip duit sambil berceramah dan berhimpun sudah menjadi tabie semulajadi PAS sejak dulu-dulu lagi. Selama 62 tahun itulah saja kepakaran PAS yang cukup sinonim dengan parti berlabel Islam itu.

Beberapa tahun kebelakangan ini pula, tabie sedemikian semacam dah menjadi ikutan parti sepakatannya pula apabila PKR dan DAP pun turut serta melakukannya dengan alasan untuk kelangsungan perjuangan.
Terbaru semasa himpunan Blackout 505 di Padang Merbok Kuala Lumpur pada Sabtu lepas, tabiat sama diteruskan di mana dua jenis uncang diusung, satu untuk PKR dan satu lagi dikutip oleh Unit Amal PAS.

Pengumuman kutipan ini disuarakan oleh Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Johari Abdul kononnya derma yang diterima itu kelak akan digunakan untuk menampung kos petisyen pilihan raya yang difailkan oleh PR.
"Saya minta sangat-sangat kepada tuan-tuan & puan-puan untuk masuk tangan kanan atau tangan kiri ke dalam kocek, kerana kita telahpun masuk petisyen dan petisyen memerlukan wang.

Wang kita ada di tangan tuan-tuan & tuan-tuanlah orangnya yg akan pastikan negara ini kembali aman," demikian pengumuman oleh Johari di Padang Merbok baru-baru ini.

Betul ke tidak wang tersebut akan digunakan untuk petisyen agak diragui tapi hakikatnya setiap penceramah yang datang biasanya tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Lantak pi lah apa yang mereka nak buat dengan duit itu, cuma yang penulis nak pertikaikan selain mengutip derma sambil berceramah, berhimpun dan berdemo atas jalan raya, apa lagi yang mampu pemimpin PR lakukan untuk kebajikan rakyat?

Bayangkan setiap ceramah atau himpunan, balik-balik rakyat yang kena hulur duit untuk kelangsungan hidup pemimpin atasan, bantah penyenaraian FGV di BSKL pun kutip derma, HKR di Stadium Merdeka pun kutip duit, 10 kali himpunan Blasckout kutip duit lagi, nak buat petisyen pun kutip duit.

Kalau setiap ceramah politik dapat kumpul RM10,000 bila mana sebelum PRU misal kata PR buat 1,000 ceramah dah jadi RM10 juta. Lepas PRU buat himpunan Blackout bantah SPR, satu himpunan misal kata dapat kumpul RM100,000 maka 10 himpunan maknanya dah jadi RM1 juta.

Mana pergi duit tu semua jangan tanya penulis, cuba tanya mana-mana pemimpin PR yang sering bertukar kereta dan tambah isteri kot-kot depa tahu.

Mudah betul jadi pemimpin PR, waktu menang pemimpin senang lenang bila kalah pemimpin yang sama juga dengan senang hati menerima duit dari rakyat. Tabur air liur sambil sebar temberang pun boleh buat duit.

Dah jadi terbalik, patutnya pemimpin yang berusaha menabur bakti dan meringankan beban kesusahan rakyat, ini orang bawah pula yang kena datang berhimpun kemudian kena pula hulur duit untuk menjamin kerjaya politik pemimpin.

Tapi nak pelik apa dengan kesongsangan sebegitu, dah si penyokong bawahan selesa cara itu maka seronoklan sang pemimpin meski pun ianya luar tabie dan melanggar norma kehidupan. -Mykmu dot com

No comments:

Post a Comment