FIDLOT NASIONAL FAILKAN SAMAN FITNAH KE ATAS RAFIZI DAN MALAYSIAKINI
KUALA LUMPUR: Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) dan pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memfailkan saman fitnah ke atas pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli dan Malaysiakini berhubung kenyataan berkaitan pinjaman membeli hartanah KL Eco City.
Mohamad Salleh dan (NFCorp) sebagai plaintif kedua memfailkan saman itu pada 3 Jun tahun ini dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi melalui Wan Shahrizal, Hari & Co menamakan Mohd Rafizi yang juga anggota Parlimen Pandan dan pemilik portal berita Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan.
Hari ini saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Siti Nur Shafrida Hashim.
Peguam Mohamad Salleh, Wan Shahrizal Wan Ladin memberitahu pemberita mahkamah memberikan masa 14 hari untuk Mohd Rafizi dan Malaysikini memfailkan penampilan mereka di mahkamah.
"Masa 14 hari akan luput menjelang 2 Julai, jika gagal plaintif akan memfailkan satu penghakiman ingkar terhadap defendan," katanya sambil menambah plaintif telah mengemukakan writ saman kepada defendan pada 18 Jun.
Beliau berkata mahkamah menetapkan 19 Ogos bagi pengurusan kes.
Dalam pernyataan tuntutannya Mohamad Salleh berkata pada 7 Mac tahun lepas, Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan berita itu disiarkan dalam Malaysiakini pada hari yang sama.
Beliau mendakwa saman itu dibuat berikutan kerugian yang ditanggung beliau berikutan pembohongan, maklumat yang mengelirukan, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh defendan.
Mohamad Salleh memohon untuk ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Beliau juga memohon satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengelirukan dan menipu orang ramai berhubung isu pinjaman itu. - BERNAMA
SELAGI AG ULAR KEPALA DUA TAK DI NYAH KAN, SELAGI TU LA APA APA PUN SAMAN YANG MELIBATAT KAN PEMIMPIN PAKATAN HARAMJADAH HANYA MEMBUANG MASA SAJA .TAK CAYA?TUNGGU LA NANTI!!!
ReplyDelete