FILEM TANDA PUTERA BAKAL DITAYANGKAN 29 OGOS


KUALA LUMPUR:  Filem kontroversi arahan pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba, Tanda Putera akan ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kelulusan tayangan sudah dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

``Kalau boleh saya mahu awal sikit. Cumanya filem itu filem kenegaraan, tentang Allahyarham Tun Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail sudah tentu disiar sebelum hari kemerdekaan agak sesuai,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas lawatan ke Finas, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalannya, Datuk Jailani Johari dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

FINAS merupakan agensi kedua dilawat Ahmad Shabery selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Filem Tanda Putera memaparkan perjuangan Perdana Menteri kedua,  Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman membangunkan negara.

Filem diadaptasi kisah selepas tragedi 13 Mei 1969 itu dijadual tayangan pada 13 September, tetapi ditangguhkan ke 15 November tahun lepas.

Laporan media sebelum ini menyatakan filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu mengesahkan ia hanya akan ditayangkan pada tahun ini.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebabnya. - Astro Awani

Ps: sudah lama pu3 menunggu pengumuman ini setelah hangat diperkatakan tahun lepas. Apapun.. filem ini sememangnya pu3 nantikan. Ianya adalah filem adaptasi sejarah negara.

Comments

Popular Posts