POLIS TAHAN INDIVIDU HINA YDP AGONG
Polis telah menahan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah menerusi laman sosial Facebook.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, SKMM dalam kenyataan medianya memaklumkan kerjasama antara SKMM dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial berjaya mengesan dan menahan suspek wanita berkenaan untuk membantu siasatan.
Suspek ditahan pagi tadi di sebuah lokasi di ibu negara.
Suspek dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa blog menyiarkan identitinya selepas entri yang menghina Yang di-Pertuan Agong tersebar.
SKMM turut menggesa rakan-rakan suspek supaya tampil menyerah diri bagi siasatan lanjut.
Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.
SKMM memandang serius penyalahgunaan media sosial terutamanya yang membabitkan unsur penghinaan institusi diraja Malaysia.
1 Jun lalu, suspek memaparkan kenyataan mempersenda titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda di akaun Facebooknya. - TV3
Comments
Post a Comment