CHEGUBARD DIDAKWA TIDAK MAKLUMKAN POLIS TENTANG PERHIMPUNAN


PETALING JAYA:  Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau Badrul Hisham Shaharin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan gagal memaklumkan kepada polis berhubung penganjuran satu program perhimpunan 'Penghargaan Kepada Pengundi Negeri Selangor', bulan lepas.

Badrul Hisham, 35, yang juga dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai penganjur program itu didakwa gagal memberitahu ketua polis daerah Petaling Jaya mengenai program itu dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program diadakan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur, Petaling Jaya dekat sini antara pukul 5 petang hingga 12 tengah malam, 23 Mei lepas.

Badrul Hisham yang merupakan orang kena saman (OKS) dalam kes itu didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menawarkan Badrul Hisham dikenakan ikat jamin dengan seorang penjamin mengikut Seksyen 387 Kanun Prosedur Jenayah.

Badrul Hisham yang tidak diwakili peguam itu memohon jaminan pada kadar munasabah atas alasan beliau memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan kes itu.

Ketika saman diserahkan kepada saya, saya sendiri yang menghubungi pegawai polis berkenaan dan tidak ada alasan untuk saya hilang atau tidak hadirkan diri di mahkamah," katanya.

Hakim Yasmin Abdul Razak tidak mengenakan sebarang jaminan kerana Badrul Hisham merupakan OKS dalam kes itu.

Saya tidak meletakkan sebarang jaminan, tetapi kamu kena datang ke mahkamah pada setiap kali prosiding kes ini, katanya.

Mahkamah menetapkan 9 Julai depan untuk sebutan kes bagi Badrul Hisham melantik peguam - BERNAMA

Ps: walau tidak memerlukan jaminan. Semalam pu3 dapat maklumat bahawa dilaksanakan kutipan derma untuk mengisi tabung wang jaminan sebanyak RM5 seorang dan diminta bank in terus ke akaun 555041113224 Maybank (solifariti Anak muda) kemudian meminta yang bank in membuat sms ke nombor telefon bimbit: 012693790. Pu3 antara penerima broadcast message ini dari rakan yang sememangnya kumpulan tegar PKR.

So dengam tidak memerlukan wang jaminan. Duit kutipan kilat ke akaun itu apa ceritanya selepas ini ya?

Comments

Popular Posts