NURUL IZZAH WAJAR SEDAR: KETUA PUTERI SABAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakutu.Apabila membaca desakan yang dibuat oleh YB Nurul Izzah dan juga rancangan peguam PKR Sabah ke atas YAB Musa Aman. Saya mewakili rakan ketua-ketua puteri UMNO bahagian di Sabah memandang berat ke atas apa yang berlaku.
Tindakan YAB Ketua Menteri Sabah menyekat kemasukan YB. Nurul Izzah Anwar ke Sabah adalah satu langkah yang tepat sekali. Harus dingat negeri Sabah cukup menjaga keharmonian perpaduan kaum yang selama ini amat terpelihara dan menjadi wadah perpaduan pelbagai etnik masyarakat Negeri Sabah.
Sudah tentu jika dibenarkan YB. Nurul Izzah memasuki negeri Sabah, beliau akan menggunakan Pesta Kaamataan dijadikan gelangang untuk menghasut rakyat Sabah untuk membenci kerajaan BN Sabah dengan kononnya Pilihanraya ke 13 tidak adil.
Persoalannya sekarang ialah YB. Nurul Izzah telah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dan pihak pembankang juga memenangi beberapa negeri, jika mereka mengikhtiraf PRU13 tidak adil maka seharusnya mereka dengan terhormat tidak menubuhkan kerajaan negeri di kawasan yang mereka menangi, tetapi indah khabar dari rupa. Saya menyeru kepada YB. Nurul Izzah Anwar agar menghormati aliran demokrasi pilihan rakyat Sabah sepertimana pihak BN di kawasan beliau menghormati kemenangan beliau.
Sehubungan dengan itu, tindakan YAB Ketua Menteri Sabah menjaga perpaduan dan keharmonian masayarakat Sabah adalah amat tepat sekali setelah rakyat Sabah menterjemahkan hati nurani mereka melalui undi dalam PRU-13 melalui kemenangan cemerlang BN Sabah dibawa kepimpinan YAB. Ketua Menteri Sabah.
Permintaan YB. Nurul Izzah Anwar supaya YAB. Ketua Menteri Sabah memohon maaf adalah tidak masuk akal kerana amanah rakyat Sabah menjadi keutamaan YAB Ketua Menteri Sabah untuk beliau perjuangkan supaya keharmonian dan perpaduan masayarakat di negeri Sabah sentiasa dalam keadaan terpelihara dan aman.
Tidak ada dinyatakan dalam mana-mana peraturan Ketua Menteri Sabah perlu memberi penjelasan atau mewartakan sebab musabah menahan 'Persona Non Grata' daripada memasuki Sabah kerana terletak di bawah bidang kuasa istimewa beliau, Pengarah Imigresen hanya melaksanakan tugas mengikut.
Undang-undang Isu kuasa istimewa Ketua Menteri ini telah berlarutan sejak 1963 namun jarang dipedulikan oleh Ahli Politik Pembangkang, melainkan setelah mengalami 'gangguan emosi' dan merasa malu kerana dikategorikan sebagai 'Persona Non Grata'. Tindakan menyaman Ketua Menteri Sabah atau Kerajaan Negeri Sabah tidak memberikan sebarang makna kerana hak-hak khas Perlembagaan dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Tindakan disekat masuk ke Sabah di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 dan akan mencabar keputusan menghalang itu di mahkamah. Namun, mungkin tidak sedar bahawa di dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Kerajaan Negeri Sabah oleh Seksyen 65(1)(c) Akta tersebut, Kerajaan Negeri Sabah tidak perlu memberikan sebarang alasan.
Adalah mustahil, sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia dan warganegara Malaysia, YB Nurul Izzah mahupun mana-mana pemimpin pembangkang tidak menyedari wujudnya 'Kuasa Mutlak' Ketua Menteri Sabah yang WAJIB dilaksanakan oleh Pengarah Imigresen Sabah untuk menyekat kemasukan sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke Sabah.
Anggapan bahawa adalah tidak rasional dan menganggap tindakan sekatan ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik, hanyalah 'tindakan keanakan' seorang Ahli Parlimen Muda yang tidak tahu menghormati 'Tuan Rumah'. Sebagai 'Tuan Rumah' atau Ketua Menteri, YAB Musa Aman tidak perlu memberikan sebarang penjelasan kerana Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 sudah cukup jelas, malah tidak menghalang menggunakan hak Perlembagaannya untuk memfailkan saman mencabar keputusan Kerajaan Negeri Sabah.
Sewajarnya mulai sekarang, YB Nurul Izzah mahupun mana-mana pemimpin pembangkang patut belajar menghormati Perlembagaan Negeri Sabah dan Perlembagaan Persekutuan sebelum berbahas di dalam Dewan Parlimen kerana orang bijaksana berbahas dengan minda dan bertingkah dengan tinta, bukannya demonstrasi atau membuat publisiti murahan
Seharusnya YB Nurul Izzah sedar dengan 'sekatan' berkenaan dan menyokong 'Autonomi Sabah' yang kononnya diperjuangkan dalam Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di Sabah semasa PRU-13 lalu.
Saya percaya dengan sokongan padu daripada rakyat Sabah, YAB. Ketua Menteri Sabah akan terus mengotakan janji dalam Manifesto BN untuk rakyat Sabah mendapat faedah yang berterusan.
Hjh Musliati Moslimin
Ketua Puteri UMNO Sabah
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
6hb Jun 2013
Sumber: puteri umno sabah blog
APA KATA negeri negeri yg diperintah oleh pakatan rakyat mengambil tindakan menyekat pemimpin tertinggi BN UMNO DARIPADA memasuki negeri mereka. AADIL KAN. KERANA BN AJAR BEGITU
ReplyDeleteMemang patut nurul izah tu disekat..jgn dtg sarawak juga
ReplyDeletememang patut nurul izah ditahan..kami rakyat sarawak benci dengan PKR tu
ReplyDelete100% benci...pergilah jenguk pengundi awak di Lembah Pantai...Buat apa nak ke Sabah mempromosikan kejahatan dan huru hara. Sabah negeri yang cintakan perpaduan dan keamanan. Jangan sesekali biarkan mereka-mereka ini merosakkan minda rakyat Sabah.
ReplyDeletekami juga sukakan perpaduan di sabah tapi sebaliknya kami juga membenci pejajahan umno bn ke sabah dan sebenarnya umno-bn lah yang merosakan minda rakyat sabah......!
Deletememang kami orang sabah cintakan perpaduan dan keamanan di negara sabah ini tapi disebaliknya kami amat benci kerajaan sabah yang diterajui oleh umno bn yang menjaja di bumi sabah ini.kami rayat dari pembangkang dan kami tahu kenapa YAB ketua menteri sabah Datu musa aman tidak membenarkan YB nurul izzah anwar masuk kesabah sabab dia itu musa aman takut rakyat sabah akan bertamba hilang lagi kepercayaan dan keyakinan mereka dan tidak akan menyukong kerajaan negeri diterejui olehnya. dan dia takut apabilah PRU ke 14 nanti negeri sabah ini akan jatu ketangan pembangkang sebab itulah dia tidak mahu rakya sabah tahu peribadinya semua terbongkar dan kuasanya hilang sebagai ketua menteri.kami rakyat sabah yang pro dengan pembangkang menyeru rakyat yang menjadi pencacai umno bn sedarlah kepimpinan ketua menteri sabah betapa sabah ini rugi setalah umno bn mengambil tepuk pemerintahan dari parti bersatu sabah pbs semasa menjadi pembangkang.kepada rakyat yang menjadi pencacai umno bn tidakkah kelian tahu dan sakit hati betapa hasil hasil sabah yang berbilion bilion ringgit yang dihisap ke putera jaya dan hanya 5% untuk sabah dan 95% untuk mereka membagunkan negeri-negeri di semenanjung.tidak kelian melihat bandar raya kuala lupur dikeca terlivisen betepah indahnya bandar raya meteperlitan itu jika dibandingkan dengan bandar raya kota kinabalu?tidak kelian melihat raburaya berkambar di disemenanjung di dalam keca terlivisen itu jika di bandingkan dengan jalan raya purba di negara sabah kita ini?dan itulah kelian fikil-fikil semua itu betepah jauhnya ketinggalan negara sabah kita ini jika dibandingkan dengan negara malaya mereka itu? dan sedarlah wahai rakyat pro umno bn, dan menjadi pencacai umno bn....!
ReplyDelete