Followers

WARGA PENDIDIK YANG SERTAI PERHIMPUNAN HARAM AKAN DIKENAKAN TINDAKAN


KUALA NERANG:  Warga pendidik yang dikesan terbabit dalam aktiviti menyalahi undang-undang termasuk perhimpunan haram, perlu menanggung sendiri akibat perbuatan itu.

Ketegasan itu disuarakan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menarik perhatian bahawa perbuatan itu jelas terbukti menyalahi etika penjawat awam.

Mengulas pembabitan golongan pendidik khususnya guru dalam perhimpunan Bersih 4, beliau berkata, mereka kemungkinan besar dikenakan tindakan.

Beliau menambah, sebagai warga pendidik khususnya guru, mereka sedia maklum bahawa masing-masing tertakluk kepada ikrar melalui perintah am sebagai penjawat awam.

Dalam hal ini, mereka adalah jelas tidak boleh melakukan sebarang tindakan menyalahi undang-undang.

Mahdzir berkata, warga pendidik wajar sedar bahawa mereka dibayar gaji dan elaun oleh kerajaan.

Mereka dianggap tidak berlaku adil apabila masih bertindak menentang dan menghentam kerajaan. -ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment