APA MAKSUD NAJIB ORANG MELAYU AKAN BANGSAT?


Oleh Lokman Adam

Perkataan "Bangsat" menjadi perkataan paling hangat diperkatakan sepanjang hari semalam.  Ianya berlaku bila mana Presiden UMNO, Dato Sri Najib Tun Razak mengungkapkannya ketika merasmikan Persidangan UMNO berkelompok UMNO Bahagian Arau, Kangar dan Padang Besar di Dewan Wawasan 2020 di Kangar, Ahad lalu.

Menurut Dato Sri Najib, "Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa".  Maka beliau menyeru agar semua ahli UMNO  mempertahankan parti yang menerajui pemerintahan negara ini. Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Dato Sri Najib ini pernah beliau ungkapkan sewaktu menyampaikan ucapan semasa sessi Taklimat Presiden sebelum Perhimpunan Agong UMNO yang lalu.  Memandangkan ketika itu belum ada orang yang gairah hendak jadi Perdana Menteri atau hendak meletakkan anaknya di tampuk pemerintahan yang lebih tinggi, maka tidak banyak suara-suara sumbang untuk mempertikaikan perkataan "Bangsat" itu.

Sebaliknya, apabila Ahad lalu beliau menggunakan perkataan Melayu akan "Bangsat" menggantikan perkataan Melayu akan "tersungkur", "hina", "tertiarap", "mengkarap" dan sebagainya, beliau telah dikecam hebat oleh beberapa juak DAP, PKR, malah ada juga cicak mengkarung dari Dewan Pemuda PAS Kelantan yang tumpang sekaki mengecam beliau.

Saya yakin, mereka yang mengecam Dato Sri Najib langsung tidak membaca atau mendengar bahawa dalam ucapan lanjut PM mengenai perkara itu, Beliau telah menjelaskan kenapa beliau memilih perkataan bangsat tersebut.  Ini adalah kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu yang akan cukup tertekan jika UMNO hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan.  Oleh itu,  Presiden UMNO itu menyeru agar segala permasalahan yang berlaku dalam parti diselesaikan bagi memastikan UMNO kekal berkuasa.

Saya tertarik bila membaca tulisan seorang anak Cina yang dikutip oleh Tan Sri Khir Johari sebagai anak angkat.  Melayu celup yang menjadi alat Lim Guan Eng untuk mengambarkan bahawa Melayu juga diberikan tempat dalam DAP ini berkata bahawa "Melayu Tidak Akan Bangsat" tanpa UMNO.  Yang melucukan, Zairil berkata demikian pada hari yang sama penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringgi, Pulau Pinang berdemonstrasi mempertahankan rumah mereka yang hendak dirobohkan.  Bukankah ini satu bukti yang jelas bahawa Melayu akan dilayan seperti "bangsat", merempat dibumi sendiri yang tidak lagi diperintah oleh kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO?  Mungkin juga Zairil fikir orang Melayu tidak sedar Guan Eng ketandusan idea untuk kekal berkuasa dan kini hanya meniru modus operandi PAP Singapura dengan menyingkir orang melayu Pulau Pinang dengan melenyapkan satu persatu perkampungan Melayu.

Dalam perlumbaan mengecam Dato Sri Najib ini, saya perasan salah seorang pengikut setia gay tua Republik Sungai Buluh turut bersuara.  Bekas Ketua AMK PKR itu beria sungguh menafikan dakwaan Dato Sri Najib tanpa menyedari dikala beliau menyusun ayat mengecam PM, Timbalan Presiden beliau yang menerajui Negeri Selangor sedang bertungkus lumus mempertahankan diri apabila rancangan beliau untuk melipat kekayaan bernilai RM30 Billion dibawah 74 GLC Kerajaan Negeri Selangor untuk diletak dalam sebuah syarikat RM2 Darul Ehsan Investment Group kelolaan 2 kroninya diketahui umum.  Apa yang PKR buat di Selangor bukan hanya bukti Melayu jadi "Bangsat" bila UMNO hilang kuasa di Selangor, apa yang Azmin buat ini akan menyebabkan India, Cina, Punjabi dan semua rakyat Selangor "bangsat" sekali.

Sedarkah Samsul, bila DEIG ditubuhkan atas Company Act maka segala aktiviti, operasi dan pengurusan kewangan serta pelaburan syarikat ini tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri lagi? "Is this what you call Good Governance?".  Jika sebelum ini semua aset Selangor ini perlu dilapor kepada Dewan Undangan Negeri, selepas ini mereka bebas membuat apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa kecuali Lembaga Pengarah DEIG.  Bukan takat rakyat Selangor akan "bangsat", pemimpin PKR yang menutup mulutnya membiarkan perkara ini berlakupun saya anggap memang "BANGSAT".

Akhir sekali izinkan saya mencuit sedikit Dewan Pemuda PAS Kelantan.  Saya tak berhajat hendak tegur panjang lebar bab Kelantan ini.  Kalau hendak tulis, sudah pasti akan berjela kerana terlalu banyak kelemahan yang  Dewan Pemuda PAS Kelantan buat-buat tidak sedar.  Namun demi menghormati semangat perpaduan Melayu yang ditunjukkan oleh kepimpinan Menteri Besar Kelantan, izinkan saya ulas sedikit sahaja.  Saya akui bahawa Melayu Kelantan belum "Bangsat" walaupun UMNO bukan lagi parti yang memerintah negeri Kelantan.  Ini berlaku kerana perangai UMNO bukan macam DAP, rakan baik PAS satu ketika dahulu.  Sungguhpun mereka dalam satu pakatan, PAS sentiasa dibuli dan ditindas DAP. 

Sebaliknya, walaupun UMNO dihina, dituduh kafir dan diherdik dengan pelbagai kata-kata kesat,  atas nama saudara seIslam, UMNO tidak pernah menganaktirikan Kelantan.  Sejak Kelantan jatuh ketangan PAS lagi, kita telah menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan.  Ini bagi membolehkan bantuan Kerajaan Persekutuan disalurkan terus kepada rakyat Kelantan.  Sedarkah Dewan Pemuda PAS Kelantan bahawa dana yang disalurkan melalui JPP ini jauh lebih besar dari nilai "Royalti Minyak" yang kononnya Kelantan berhak dapat? Tidak payahlah saya cerita panjang,  cubalah DPP Kelantan bayangkan, "bangsat" atau tidak rakyat Kelantan kalau Kerajaan Persekutuan langsung tidak turun membantu mangsa banjir di Kelantan Disember lalu?  Mungkin sudah tiba masanya DPP Kelantan muhasabah diri dan  mencontohi akhlak mulia kepimpinan Menteri Besar Kelantan yang meletakkan persaudaraan seIslam mengatasi segala-galanya.  Bila orang berbudi, biarlah kita berbahasa.

Comments

Popular Posts