FOKUS KERAJAAN KINI UNTUK PASTIKAN EKONOMI NEGARA BERTAMBAH BAIK : SALLEH
KUALA LUMPUR: Fokus utama kerajaan pada masa ini adalah untuk memastikan ekonomi negara bertambah baik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak.
"Kita banyak masalah bukan atas dasar kesilapan kita tetapi berpunca dari penurunan harga minyak dunia dan itu memberi kesan kepada ringgit Malaysia, (dan) ia juga berlaku di negara lain," katanya.
Salleh bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini hari ini.
Menyentuh kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perhimpunan jalanan hanya boleh dijalankan sebagai langkah terakhir untuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, Salleh berpendapat saranan itu dilihat seolah-olah Dr Mahathir tidak mempunyai idea.
Ini kerana sebelum ini Dr Mahathir menulis di blognya bahawa demonstrasi jalanan tidak patut diadakan, katanya.
Menyentuh mengenai Penolong Pengarang Utusan Ku Seman Ku Hussain yang mencabar Salleh dan Ketua Pengarah Jasa Datuk Dr Puad Zarkashi berdebat dalam isu RM2.6 bilion, Salleh berkata biar pembaca yang menilai kebenarannya.
"Mungkin kita ada pendapat yang berbeza, beliau melihat dari perspektif (tertentu) manakala saya melihat dari sudut yang berdasarkan fakta," katanya. - BERNAMA
Ps: asyik nak melayan macam-macam cerita dikeluarkan... baik fokus buat tugasan untuk negara!! Elok sangat dan LADY setuju sangat
Comments
Post a Comment