Followers

UMNO PERLU TERUS JADI TUNJANG KEPADA KERAJAAN MEMERINTAH : MUHYIDDIN


MUAR:  UMNO perlu terus menjadi tunjang kepada kerajaan pemerintah yang ada sehingga hari ini, kata Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Jangan kuburkan UMNO dan parti ini perlu kita kekalkan untuk terus menjadi kerajaan yang memerintah sehingga hari ini," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata sebelum ini, anggota parti itu telah berjaya mempertahankan UMNO dalam apa jua keadaan dan beliau yakin mereka akan terus membela parti itu.

Beliau berkata apa yang penting adalah melihat negara terus makmur dan iklim ekonomi negara terpelihara dalam keadaan baik.

Katanya walau apapun yang berlaku, martabat UMNO perlu dimuliakan kerana ia merupakan tunjang kepada kejayaan parti.

"Kita sudah meletak UMNO di tempat yang tinggi dan kita sudah boleh berbangga menjadi rakyat Malaysia," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment