Followers

SAYA TIDAK MAHU PEMIMPIN 'YES MAN': NAJIB


KUALA LUMPUR:  Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau bukan presiden parti yang mahu semua pemimpin UMNO hanya menjadi "Yes Man!"

"Saya bukanlah seorang presiden yang inginkan semua pemimpin UMNO menjadi Yes Man!

"Kalau parti kita terdiri daripada 'Yes Man' sahaja, maka kita tidak akan dapat pendapat yang kontra, berbeza," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di sini.

Tambahnya, semua pemimpin parti boleh bertukar pendapat, tetapi apabila mereka perlu akur dengan sebarang keputusan dibuat parti.

"Kita boleh bertukar pendapat, tumbuk meja, bertengkar dalam mesyuarat, cuma jangan baling kerusi sahaja," katanya berseloroh.

"Tapi apabila parti sudah buat keputusan, kita mesti bertindak atas tanggungjawab Collective Responsibility," jelasnya. - ASTRO AWANI

Sumber gambar: rakan cyber

No comments:

Post a Comment