ANDA MUNGKIN LUPA. SEJARAH TAK BOLEH LUPA. FAKTA TAK PERNAH BERBOHONG

LADY tak hairan berita jatuh nilai RM sehingga mencecah RM4.00 bagi $1USD. Bagi yang terima gaji setiap bulan... gaji anda tidak akan dipotong hanya kejatuhan tersebut. Pembelian barang harga runcit masih menggunakan RM.. rasanya di kedai.. keperluan harian masih banyak dalam simpanan. Jangan pula hari ni punya nilai.. barang-barang dalam stor terus dinaikkan harganya!!!!

Bagi yang menyalak di media sosial.. jangan dok mengata kononnya negara dah musnah dibawah pentadbiran UMMO/BN. sejarah tak pernah menyembunyikan rekod bahawa suatu ketika, pernah 1 manusia yang mengaku pakar segala pakar ekonomi meletakkan nilai RM 4.88 bagi $1USD. Mungkin anda lupa tentang itu, sejarah tak pernah lupa!!

Ok.. LADY nak kongsi pandangan di bawah ini. Sila baca;

KEJATUHAN NILAI RINGGIT

Hari ini, nilai Ringgit adalah RM4.00 bagi satu dolar. Apabila saya membuka akaun Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di Facebook menghentam kerajaan berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia.

Berdasarkan penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman sosial tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap Malaysia akan musnah esok.

Dalam masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia menjalani transformasi menjadi pakar perlembagaan, penganalisis dan kini pakar ekonomi pula.
Ada juga yang menyalahkan Najib dan UMNO. Terdapat satu kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat yang gemar berkata 'negara lain adalah lebih baik kerana UMNO tiada di Negara mereka'.

Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang fakta bahawa :

•    Russian Roubles hilang 114 peratus berbanding dolar AS
•    Indonesian Rupian hilang 51 peratus berbanding dolar AS
•    Indian Rupees hilang  38 peratus berbanding dolar AS
•    Norwegian Krone hilang 37 peratus berbanding dolar AS
•    Australian Dollars hilang 24 peratus berbanding dolar AS
•    Euro hilang 20 peratus berbanding dolar AS
•    Thai Baht hilang 10 peratus berbanding dolar AS
Adakah saya perlu teruskan?

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ini adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada US$70-80 setong. beberapa tahun yang lalu dan kini ianya jatuh kepada US$50 setong.

Bukan AS sahaja rakan niaga kita dan prestasi Ringgit kita tidak diukur berbanding dolar AS sahaja.

Apabila kita lihat pada Ringgit,

• kita  lebih kukuh berbanding Dolar Kanada (2 peratus)

• kita lebih kukuh berbanding Rupiah India (10 peratus)

• kita  lebih kukuh berbanding Yen Jepun (14 peratus)

• kita  lebih kukuh berbanding Rupiah Indonesia (18 peratus)

Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh.

Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir dengan 20 peratus?

Sesetengah dari kita cepat untuk memberi berita negatif dan cepat mengulas seperti seorang pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini.

Malangnya, tiada di antara kita yang merujuk kepada tahun 1998.

Ramai yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7 Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88).

Mungkin mereka yang rancak  menghentam mengenai keadaan ekonomi kita di Facebook kini masih di bangku sekolah ketika itu.  Sudah pasti mereka tidak tahu apa yang berlaku pada tahun 1998, zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

Dulu

a) Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan

b) Isi rumah yang membebankan

b) kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus

c) Kadar inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi.

Sesiapa yang meragui bahawa kadar inflasi 2-3 peratus hari ini adalah benar dan merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba terapkan pemikiran yang sama untuk tahun 1998-1999.

Ya pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12 peratus. Itulah yang berlaku pada masa itu.

Anda boleh mengatakan ia adalah sejarah lalu dan anda boleh terus menyalahkan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan untuk kejatuhan hari ini.

Tetapi dimasa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda di Facebook atau Twitter, tanya diri sendiri, adakah penurunan nilai Ringgit memberi kesan kepada anda?

1. Adakah anda membeli-belah dalam talian daripada laman web Amerika Syarikat?

2. Adakah anda merancang untuk terbang ke Amerika Syarikat untuk bercuti?

3. Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat?

4. Adakah anda mengimport barang yang akan dijual semula di Malaysia?

5. Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk digunakan di sini?

6. Adakah anda sama sekali menggunakan dolar AS dalam kehidupan harian anda?

Kerana, hanya jika anda menjawab ya kepada perkara di atas, barulah anda akan terjejas. Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji anda masih dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dolar Amerika.

Pastinya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa destinasi lain.

Dari aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan, kita wajar menarik nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan "Stabil" kepada Malaysia.

Hakikat sebenar, tiada seorangpun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka tahayul ini.

Sumber: rakan cyber

Comments

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan segera ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang dalam akaun bank anda
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Tempoh
    * Terma pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman,
    anda boleh mengharapkan bahawa jawapan awal kurang daripada 24 jam dan
    pembiayaan dalam tempoh 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kami perlukan daripada anda.
    Hubungi sah dan syarikat pinjaman berlesen yang dibenarkan
    bahawa bantuan kewangan kepada negara-negara lain.
    Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan pinjaman Hubungi sekarang melalui
    e-mel: trustloan87@gmail.com

    TERBAIK BERHUBUNG,
    Mr.Anthony Dave.
    Ketua Pegawai Eksekutif
    Amanah Pinjaman Syarikat

    ReplyDelete

Post a Comment