ISU WSJ: NAJIB INTAI PANDANGAN KEDUA
KUALA LUMPUR, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan peguamnya supaya mendapatkan pandangan kedua dalam kalangan pakar perundangan dalam dan luar negara sebelum memutuskan tindakan terhadap Dow Jones, iaitu penerbit akhbar The Wall Street Journal (WSJ) berhubung artikel 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Peguamnya Datuk Mohamad Hafarizam Harun berkata beliau diberitahu untuk segera mendapatkan pandangan kedua tersebut dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam.
"Susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa wang (RM2.6 bilion dilaporkan telah dimasukkan ke dalam akaun Najib) bukan dari 1MDB dan surat WSJ bertarikh 23 Julai yang jelas mengelak pendirian berhubung artikel pada 2 dan 6 Julai lepas, anak guam saya telah mengarahkan saya untuk mendapatkan pandangan kedua dari segi undang-undang sama ada di dalam atau luar negara," katanya kepada pemberita di luar bilik mahkamah di sini Khamis.
Katanya beliau melihat kepada pandangan pakar undang-undang luar negara mungkin dalam kalangan Peguam Diraja di United Kingdom atau peguam bereputasi di Amerika Syarikat.
Menurutnya, anak guamnnya mempunyai tempoh enam tahun untuk memfailkan kes sivil terhadap The WSJ Malaysia tetapi juga melihatkan tindakan guaman lain yang sewajarnya.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.
Mengenai bidang kuasa berhubung saman itu, Mohamad Hafarizam berkata ia mungkin difailkan di sini atau di New York.
"Kita mempunyai kes di mana bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew memfailkan sama terhadap WSJ di Singapura pada 1998 dan Tan Sri Mokhzani Mahathir memfailkan saman terhadap The WSJ di sini pada lewat 1990-an," katanya.
Pada 8 Julai lepas, firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak menghantar surat kepada Dow Jones untuk meminta pendirian berhubung dua artikel tersebut yang mendakwa kononnya wang sejumlah RM2.6 bilion daripada dana 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Pada 23 Julai lepas, WSJ dalam surat balasannya, menyatakan mereka tidak perlu memperjelaskan pendirian mereka berhubung dua artikel tersebut.
Isnin lepas, SPRM berkata RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib adalah daripada penderma dan bukan dana 1MDB.- BERNAMA
My name is berry jackson…My ex-husband and I had always managed to stay friendly after our divorce. But I always wanted to get back together with him, All it took was a visit to this spell casters website, because my dream was to start a new life with my husband, and live happily with him.. This spell caster requested for a specific love spell for me and my husband, and i accepted it. And this powerful spell caster began to work his love spell. And 48 hours after this spell caster worked for me,my husband called me back for us to be together again, and he was remorseful for all his wrong deeds.The spell is work perfectly and my husband is now back to me again.My “husband” is back and we went to court and withdraw our divorce papers ASAP. This is nothing short of a miracle. Thank you Dr.baloun for your powerful spells. Words are not enough.contact him via mail drbalogun222@gmail.com or call him, +2349038776599. ....
ReplyDelete