Followers

MASALAH RM30 BILION DEIG LAGI BESAR DARI DERMA RM2.6 BILION : RAHMAN DAHLAN


SUBANG JAYA:  Jumlah pengurusan aset syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang bernilai RM30 bilion merupakan satu masalah yang serius, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Bercakap kepada pemberita, beliau menyifatkan masalah itu lebih besar berbanding derma bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bila RM2.6 billion, respon macam nak kiamat tapi bila RM30 bilion? Kami masih lagi melihat soalan-soalan yang dijawab dalam DUN Selangor tidak memuaskan hati bukan sahaja kepada kerajaaan persekutuan malah Pakatan Rakyat.

"Jumlahnya agak besar, RM30 billion, jauh lebih besar daripada RM2.6 bilion. Kalau tengok garis masa akaun media sosial pemimpin Pakatan Rakyat, mereka cuba mengalihkan isu ini," kata  itu pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Harta dan Perumahan Awam di Sunway Resort Hotel and Spa.

Katanya beliau pelik kerana sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor yang bernilai RM2, mempunyai kuasa menguruskan aset bernilai melebihi RM30 bilion.

"Saya rasa ini tindakan yang tidak bertanggungjawab untuk mereka tidak melihat isu ini dengan keadaan sekarang ini.

"Sebelum ini kita dengar Menteri Besar Selangor Azmin Ali mahu menjelaskan kepada rakyat tentang isu ini dan kita rasakan jangan tunggu sampai November.

"Apa yang merisaukan saya adalah bagaimana syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor RM2 mempunyai kuasa untuk mengurus aset melebihi RM30 bilion dan mengapa tidak ada mekanisme untuk syarikat ini memberikan makluman kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor?" tambahnya.

Selain itu, Abdul Rahman turut menggesa agar Azmin tidak berlengah dalam membuat perjelasan mengenai aset yang dipegang syarikat kontrovosi itu.

"Banyak sangat soalan yang diajukan tapi tidak mendapat penjelasan Azmin. Sekarang ini dia perlu menjelaskan secepat yang boleh bagi meredakan kekeliruan rakyat.

"Saya risau 'check and balance' mungkin tidak  ada dalam isu ini dan kita tidak mahu ada penyelewangan berlaku," jelasnya lagi. - ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment