SIASATAN KE ATAS SPRM DITANGGUH SEMENTARA - KPN


GEORGE TOWN:  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya telah menangguhkan sementara siasatan ke atas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kebocoran maklumat yang disiarkan dalam portal Sarawak Report.

Khalid menjelaskan arahan itu dibuat beliau susulan pelbagai andaian dan persepsi awam ke atas siasatan berkenaan.

"Pelbagai andaian telah dibuat kerana berbagai persepsi telah dibuat, jadi saya mengarahkan kita tangguhkan sementara itu sebab saya perlu bagi penjelasan.

"Kenapa kita bertindak, saya harap semua dapat memahami, kerana ini sebahagian daripada tanggungjawab kami, dan kita tiada pilihan, dan kita tidak boleh lakukan siasatan dengan selektif, tambahan pula ini adalah kerana kes dan laporan yang cukup serius," jelas Khalid.

Khalid juga menafikan dakwaan SPRM bahawa agensi itu jadi sasaran polis.

Sebaliknya, PDRM hanya menjalankan tanggungjawab menyiasat berdasarkan laporan polis yang diterima.

"Kita tidak sesekali mensasarkan mana-mana institusi, tambahan lagi SPRM juga agensi kerajaan, pertuduhan ini bukan dilakukan oleh institusi tapi oleh individu yang kita syaki dan kita perlu siasat.

"Saya tidak mahu kami di peringkat bawah bermasam-masam muka, ini sesuatu yang tidak baik untuk pasukan penguatkuasa," tegas Khalid.

Beliau juga menjelaskan tindakan polis terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM termasuk rampasan fail dan komputer milik mereka adalah mengikut peruntukan undang-undang bagi membantu siasatan. - ASTRO AWANI

Comments

Popular Posts