DEDAH IDENTITI DALANG DAN TINDAKAN UNTUK GULING KERAJAAN : KHAIRY


BUKIT KATIL:  Identiti pemimpin UMNO yang berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan wajar didedahkan, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, setiap pemimpin dan ahli parti perlu tahu pergerakan individu terbabit serta langkah yang mahu diambilnya untuk menggulingkan kerajaan.

"Kalau ada satu usaha guling kerajaan, saya rasa elok jika kita diberitahu siapakah individu terlibat dan apakah cara dimaksudkan untuk guling kerajaan," katanya ketika ditemui selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Bukit Katil pada Ahad.

Beliau juga bertegas tidak kenal identiti individu yang dimaksudkan Timabalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Sementara itu, Menteri Belia Dan Sukan itu akan mendapatkan maklum balas terhadap usul tergempar Pemuda UMNO Bahagian Tampin yang sebulat suara meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Pada masa sama, beliau yakin usul tersebut tidak menggambarkan pendirian Pemuda UMNO Negeri Sembilan. - ASTRO AWANI

Comments

Popular Posts