APA MOTIF MUHYIDDIN SOAL BAKI DANA RM2.6 BILION KEPADA UMUM? : SALLEH


KUALA LUMPUR:  Apakah motif Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanya tentang baki dana RM2.6 bilion kepada umum?

Itu pertanyaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak susulan tindakan yang dibuat bekas timbalan perdana menteri itu pada Jumaat.

Salleh berkata, Muhyiddin tidak perlu menghebahkan masalah dalaman parti kepada umum.

"Pada saya, tidak perlu Tan Sri Muhyiddin menghebahkan kepada umum kerana ia masalah dalaman parti.

"Beliau (Muhyiddin) adalah Timbalan Presiden parti. Beliau ada saluran untuk tanya soalan tersebut.

"Persoalannya, apakah motif untuk buat persoalan itu kepada umum, sedangkan kita mempunyai kaedah untuk menyelesaikan masalah kita?" katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada Majlis Doa Untuk Malaysia sempena Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka di sini pada Sabtu.

Beliau berpandangan, sebarang persoalan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya perlu dibuat secara tertutup.

Salleh merujuk kepada kelantangan Muhyiddin membangkitkan persoalan yang perlu dijawab kepimpinan parti.

"Saya lihat, persoalan ini asalnya mengenai bagaimana wang itu digunakan dan Perdana Menteri sudah jelaskan wang itu digunakan untuk kegiatan parti dan CSR (tanggungjawab sosial korporat).

"Sekarang pula persoalannya ialah bagaimana pula bakinya, masih ada baki ataupun tidak," katanya lagi.

Beliau berkata, apa yang penting adalah semua sedia maklum bahawa mana-mana parti politik pastinya mempunyai dana politiknya tersendiri dan ia tidak salah di sisi undang-undang.

"Biasanya, Presiden parti itu diberi kepercayaan untuk menguruskan dana itu sebaik-baiknya dan jika Timbalan Presiden ingin mengemukakan soalan, sudah tentu dia (Muhyiddin) boleh tanya terus kepada Presiden ataupun Majlis Tertinggi pada bila-bila masa," kata Salleh.

Muhyiddin sebelum ini mendesak Najib segera menjelaskan kepada anggota UMNO dan seluruh rakyat berhubung beberapa isu yang berbangkit, termasuk isu dana politik RM2.6 bilion yang dikreditkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Muhyiddin ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kemaman pada Jumaat, berkata langkah itu wajar dilakukan sebelum imej kerajaan dan negara terus tercalar. - ASTRO AWANI

Ps:LADY memang rasa pelik apabila orang berjawatan sebelah pemimpin no 1 dalam UMMO boleh menyatakan perkara yang seharusnya boleh ditanya secara berbisik pun jika benar-benar ingin tahu. Kenapa di khalayak ramai nyatakan perkara itu??? Nak apa sebenarnya? LADY dah sampai tahap, nak kata betapa TERDESAK nya nak MENJATUH kan dah tu!!

Comments

Popular Posts