UMNO PERLU DAPATKAN KEMBALI KEPERCAYAA ORANG MELAYU: HISHAMMUDDIN
KUALA LUMPUR: UMNO kini berhadapan ujian mendapatkan kembali kepercayaan orang Melayu untuk kekal menjadi tunjang parti relevan di negara ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hakikat itu harus diterima semua ahli selain mencari jalan penyelesaian keluar daripada kemelut berkenaan.
"Situasi itu harus dijadikan pengajaran terutama apabila dalam usaha mengeluarkan parti yang berada dalam kedudukan tidak stabil.
"Kita tidak boleh berterusan dengan sindrom penafian, kita harus akui UMNO berhadapan denan ujian kepercayaan berdepan dugaan keyakinan meruncing dan membimbangkankan," katanya semasa berucap pada Majlis Penutup Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta semua anggota UMNO untuk yakin dan percaya terhadap kemampuan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi parti.
Katanya, perasaan yakin dan percaya terhadap kemampuan Presiden UMNO itu adalah sama seperti keyakinan yang ditunjukkan oleh anggota parti ketika UMNO dipimpin oleh presiden-presiden parti sebelum ini.
Dalam pada itu katanya, kekuatan UMNO selama ini harus dikembalikan dengan usaha daripada semua ahli parti sendiri.
"Resolusi UMNO bakal membawa gelombang yang memberi kesedaran serta penerangan kepada generasi muda tentang tunjang parti yang sentiasa membela orang Melayu sejak sekian lama," katanya.
Macamana kami nak caya pada penyamun...sampai matipun tak caya...sukalu lah nak cakap apa...selagi lu tak dengar apa majoriti cakap...selagi tulah perkara ini tak selesai.
ReplyDeletePenyamun? Heheheh kenapa xlapor je ke pihak berkuasa klu ada bukti kena samun tu. Kami tu siapa??? Nama awakpun xberani nak paparkan..
Delete