TAHANAN SECARA HARAM??? APA JADAHNYA?!!!


LADY gerampun ada, rasa nak tergelakpun ada bila baca artikel berkaitan pengumuman si nurul izzah bahawa PBB gesa kerajaan membebaskan daddynya atas tindakan tahanan secara haram. Biar betul!! Tahanan secara haram??? Haram apa pula? Dipenjara atas sabitan kesalahan meliwat. Bukan tangkap terus masuk penjara. Dah ikut prosedur perundangan.. berpuluh-puluh kali lalui fasa tangguh dan bicara. Itu kira fatamorgana sajakah pada nilaian nurul izzah sekeluarga dan PBB????


LAGI melucukan  dan pelik.. kenapa PBB berminat sangat nak tunjuk sokong pada pesalah LIWAT ni??? Besar sangatkah kesannya ke atas dunia? Lagi besar dari kekezaman Israel kepada palestine? Isu pelarian.. lagi hari berkenaan isu MH17 yg jelas ditolak deklerasinya dulu?? Apa benefit si peliwat kepada dunia?? Atau.. dia sebenarnya ada faedah kepada individu yang pegang kuasa dalam PBB. Itu andaian LADY.

Sila baca artikel di bawah;

Kes Anwar: Kerajaan tiada kuasa batal keputusan mahkamah, tegas PMO kepada PBB
Mariah Ahmad, Astro Awani | Kemas kini: November 02, 2015 (Diterbitkan pada: November 02, 2015 23:06 MYT)


KUALA LUMPUR:  Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan mahkamah berhubung kes liwat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu respons Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media pada Isnin kepada kumpulan kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyifatkan penahanan Anwar sebagai melanggar undang-undang antarabangsa.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan yang sama turut menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang bebas.

"Semua pihak termasuk mereka di luar negara perlu menghormati proses perundangan Malaysia, penghakiman mahkamah Malaysia dan hak mangsa untuk mendapatkan pengadilan.

"Banyak keputusan yang tidak memihak kepada tokoh-tokoh kanan kerajaan," tambah kenyataan itu.
Dalam masa yang sama, Pejabat Perdana Menteri menegaskan, kes liwat Anwar berunsur jenayah bukannya politik.


Kenyataan itu turut menyebut bahawa bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan polis, bukannya kerajaan.

"Mangsa, Saiful Bukhari, individu persendirian dan pekerja Anwar Ibrahim, yang membuat laporan polis dan membawa kes itu, bukan kerajaan.

"Anwar telah disabitkan melakukan jenayah, dan ini adalah satu kes jenayah bukan kes politik. Ia tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

Sebelum ini, kumpulan kerja penahanan arbitrari PBB mendakwa penahanan Anwar dibuat secara sembarangan, jadi pertuduhan liwat terhadapnya adalah bermotifkan politik untuk mengaibkannya.
Pada 10 Februari, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Anwar bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya saiful, tujuh tahun lepas dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.- ASTRO AWANI

LADY setuju sangat. Kes Anwar bukan kes negara atau kerajaan. Ianya kes persendirian a.k.a individu. Bukan kerajaan Malaysia yang menjatuh hukum ke atas si peliwat ini. Tetapi perundangan. Perundanganpun bukan sewenang-wenangnya jatuhkan hukuman bersalah ke atas Anwar. Ada prosedur yang dilakukan. Bukan sekali dan bukan 10 kali.. berpuluh kali. Bagi LADY.. perbicaraan Anwarlah boleh masuk BOOK OF REKORD MALAYSIA. Berpuluh kali prosiding tangguh dan nak tukar hakim.

Bila dah jatuh hukum. Hukuman dijalankan.. bokeh pula PBB nak masuk campur nak menggesa kerajaan Malaysia bebaskan Anwar?? Hanya melalui laporan si nurul Izzah? Kenapa tak rujuk dulu pada laporan penghakiman sebelum mengeluarkan kenyataan GESAAN tersebut??

Sekali lagi LADY setuju. Kerajaan Malaysia tiada kuasa tentang penghakiman si peliwat ini. Walaupun perundangan di bawah kerajaan Malaysia. Hakikatnya perundangan adalah institusi yang berkecuali dan tidak sedikitpun kuasa kerajaan boleh masuk campur berkenaan undang-undamg negara! Kenapa PBB nak kerajaan Malaysia mencemar kesucian undang-undang hanya nak mengeluarkan si peliwat tersebut??? 


setahu LADY pun, keputusan tak akan dibuat secara 'arbitrary' atau dengan kata paling mudah, keputusan tidak dilakukan sebarangan. dan kerajaanpun tak akan mengangmbil tindakan sebarangan ke atas perbicaraan tersebut kerana ianya sudah pasti tidak sekalipun melibatkan isu negara. ianya hanya melibatkan isu peribadi. sekali lagi LADY tegaskan ini isu individu. Nurul Izzah tahu ker tak ni??? dia memang tahu.. saja nak pastikan orang tergoda dengan agendanya!!!!! Dan PBB faham ker tak??????

Di mana keadilan yang dikatakan diperjuangkan oleh PBB???  Adakah membantu anwar dikatakan perjuangan adil???? bagaimana pula keadilan buat mangsa si peliwat???? Tepuk kepala tu cuba fikir semula!!!!

Comments

Popular Posts