JANGAN KERANA NAK SAMBUNG NYAWA TABUR FITNAH YA!!!!!
Bila tengok posted gambar yang LADY nampak diviralkan di media sosial. LADY dah baca agenda kenapa boleh cerita ini keluar. Mestinya orang yang taburkan cerita ini adalah pihak yang mempunya kepentingan. Selagi individu yang mereka nak naikkan tak naik, mereka akan terus menyerang pada individu yang dianggap sebagai batu penghalang. Atau... pohak yang sakit hati sangat tatkala kuda mereka dah diturunkan. Jadi umpama nak membalas dendam dengan tindakan menjatuhkan individu yang dianggap merampas kerusi kuda mereka. Itu pandangan LADY tentang perkara itu.
Pada pandangan LADY untuk kes ini, LADY tak nampak Mangsa yang diviralkan kononnya itu dan ini adalah seorang yang akan memperkatakan sesuatu tak cukup fikir panjang di khalayak audien. Sepanjang pengetahuan LADY lahm dia adalah seorang yang memperkatakan sesuatu yang tepat pada masa dan sesuai kenapa dia perlu bercakap. Bukan seorang yang akan berkata pada tempat dan masa yang salah. Dengan erti kata lain, setakat ini, tiada maklumat berlaku perjumpaan yang bertema kritikan kepada YAB PM dan panelnya adalah mangsa fitnah ini!! Tak payah nak memperingkatkan pada LADY kumpulan yang bukan sahaja dalam media buat kenyataan malahan siap buat PC tunjukkan penentangan meeeka walau mereka di bawah ikatan ikrar pada mesyuarat pertama dulu. Opppsss sambung cerita asal
Ada sakit hati ker sebab tak disambung kontrak? Sebab itu serangan bertali arus pada bakal pemegang jawatan baru dengan harapan kononnya pemegang jawatan lama boleh ambil dan sambung tempat semula???? Sila baca artikel di bawah ini. Sememangnya LADY secara peribadi bersetuju dengan penulisan ini
FITNAH SEORANG PENYAMBUNG NYAWA SEMAKIN DAHSYAT!!
Semua orang tahu lobi kepada PM sebelum itu telah minit kepda Tan Sri KPPA dua tahun lalu. Tetapi surat sambung kontrak yang dikeluarkan oleh KPPA / JPA hanya setahun sehingga 31 Disember 2015. Bermakna surat dan minit demikian telah tamat selepas surat pelantikan JPA itu keluar untuk setahun sahaja.
Kini semasa hendak melobi sambung semula, surat yang lama diminitkan itu dihantar semula kepada KPPA untuk merayu kepada Tan Sri KPPA untuk penyambungan kontrak dan mengatakan dia masih ada setahun lagi menuntut baki itu. Soalnya bagaimana surat rayuan boleh sampai ke pejabat KPPA sedangkan tuan punya badan berada di Luar negara ketika itu? seseorang telah menyiapkannnya? Mengapa tidak diambil minit sokongan YAB PM baru sahaja?
Sedangkan dalam masa sama surat terbaru Menteri yang sedang berkuasa kepada agensi telah memperakukan dan YAB PM telah meminitkan bersetuju kepada KSN/ KPPA untuk pelantikan KP yang baru. Ini bermakna surat yang terbaru lebih valid dan sah berbanding surat tahun lalu.
Kenapa tidak ditemui sahaja menteri yang berkuasa itu. Lobi dan minta bantu dengannya. Itu prosesnya. Menyebar video rakaman dalam satu pertemuan bersama Menteri atas contoh kononnya Menteri berkenaan menghina penjawat awam bukan satu cara yang baik. Itu Character Assasination yang tidak Cekap! kerana meninggalkan jejak siapa yang berkuasa pada bahagian yang menjaganya yang akses kepada video itu.
Tidak begitu? .kikihkih
Kredit for : jawa Bernam
Harus disedari dan diketahui, jawatan tersebut dihentikan tau! Tapi tamat kontrak pada tarikh yang ditetapkan. Lagipun, kalau diambil kira.. dah cukup elok disambung sebelum ini. Sepatutnya kontrak tamat pada 31 disember 2014 tau. Ini budi bicara yang sangat unggul disambung lagi setahun. Dah cukup baikker? Ingatlah pakcik dan pihak yang menyokong. Jawatan di dunia ni tak ada yang kekal abadi milik peribadi tau! Cuba buat muhasabah diri... bagaimana perjalanan tugasan ybg digalas selama ini, betulkah ia dilaksanakan dengan baik dan amanah dijaga? Atau..... (LADY tak nak tulis lagi .. pandai-pandailah korang bayangkan apa yang perlu diayatkan pada sambungannya- ikut apa yang korang fikirkan)
Cuma LADY nak peringatkan. Pada mereka yang tengah seronok viral gambar-gambar fitnah berkenaan bakal pemegang jawatan itu. Henti-hentikanlah. Jangan kelak korang juga jadi pembodek nombor 1 yang cuba mengangkat dan menyelit kipas sederas mungkin. Hentikan perbuatan anda. Allah swt Maha Adil tau. Sekarang ni tak payah tunggu balasan di akhirat. Di duniapun boleh bayaran CASH tau balasannya!!! Jangan salahkan LADY ya.. LADY dah memperingatkan. Selesai tanggungjawa LADY dalam menasihati. Tak ada tuntutan kwlak konon LADY tak memperingatkan atau menegur. Kalau LADY tahu siapa punya angkara, secara bersemuka LADY tegur walau yang LADY akan temui itu orang berkepentingan!!!
Comments
Post a Comment