1MDB AKAN JADI KEKUATAN KEPADA BN: ANNUAR MUSA


KUALA LUMPUR:  1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menjadi kekuatan kepada Barisan Nasional (BN) setelah dibuktikan ketelusan syarikat tersebut, kata Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa.


"Saya yakin sebaik sahaja siasatan selesai, 1MDB akan menjadi kekuatan bagi Barisan Nasional.

"Ini kerana banyak sumbangan yang telah dibuat syarikat pelaburan tersebut kepada masyarakat," kata Annuar ketika berbahas di Dewan Rakyat petang ini.

Prosiding yang dikendalikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan diteruskan sebagaimana aturan yang ditetapkan sebelum ini.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin dilaporkan berkata, individu yang bakal dipanggil oleh jawatankuasa itu juga akan dimaklumkan masanya nanti.- ASTRO AWANI

Comments

Popular Posts