PAS UMNO. SIAPA AJAK SIAPA MUZAKARAH?

Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan syarat untuk bermuzakarah dengan UMNO menunjukkan Pas sebenarnya mencari alasan untuk tidak mahu berbuat demikian.
pelikkan, muzakarah ni siapa yang offer sebenarnya? Yang menwarkan adakan muzakarah ni presiden PAS hj awg hadi. UMNO menyahut dengan positif jika itu tawaran terbaik untuk Melayu dan Islam. Dah tu, lain lak jadinya apabila nik aziz melebihi tindakan presiden PAS. Klu mcm tu elok dia jadi bos PAS je, tak perlu ada presiden lagi dh.

Nik Abdul Aziz tidak perlu meletakkan syarat untuk mengadakan muzakarah atau berbincang demi perpaduan umat Islam serta kepentingan orang Melayu di negara ini.

"Tak payahlah bersyarat-syarat, kita muzakarah nak cari perpaduan di kalangan orang Islam dan orang Melayu, jadi apa nak syarat pula. Itu (syarat) pasal nak bagi alasan tak mahu muzakarah, nanti kata tak cukup syarat," 

Semalam, Nik Abdul Aziz meletakkan tiga syarat sebelum diadakan muzakarah termasuk UMNO perlu menerima rakan pakatan Pas iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), menukar dasar kebangsaan kepada dasar Islam secara rasmi dan mencadangkan muzakarah diadakan sebelum pilihan raya umum.
Beberapa pemimpin Pas termasuk Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun dilapor menolak cadangan mengadakan muzakarah.

1st pu3 membaca kenyataan presiden PAS nak mengadakan muzakarah ni. Pu3 dah agak, muzakarah ini sudah pasti akan kandas juga. Ini bukan rancangan kali pertama. Dah 2 kali dah sebelum ini. Andai terjadi, ianya 1 keajaiban! 

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi maklum balas bahawa parti itu sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Tun Dr. Mahathir pun menyindir Pas kerana sanggup meletakkan syarat untuk berbincang dengan UMNO melibatkan hal Melayu, tetapi tiada sebarang syarat pula untuk bekerjasama dengan DAP.

"Dengan DAP, Pas tak letakkan syarat pula sampai Karpal Singh kata langkah mayat dia dulu pun tak apa. Beliau belum jadi mayat pun dia (Pas) dah setuju, untunglah Karpal,"

Pu3 akan menunggu, respond presiden PAS setelah bantahan jelas dan terima bersyarat ini. Andai presiden PAS berlakuan seperti tindakan saidina abu bakar semasa peperangan Asamah. Pastinya, muzakarah ini tetap akan terjadi tanpa syarat nik aziz itu.

Sumber rujukan info : merahmato blog

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

  1. Bismillah... ada akhbar hari ini memuatkan pandangan seorang bekas pemimpin negara yang mempertikai syarat saya untuk muzakarah PAS - UMNO. Saya katakan, syarat bahawa UMNO perlu terima Islam merujuk kepada perpaduan PAS - UMNO yang dikatakan oleh Timb Presiden UMNO bahawa saya tidak pernah setuju. Adapun tentang isu muzakarah, saya tidak melihat sebarang masalah. Saya cadangkan UMNO dan PAS diwakili oleh Presiden masing-masing. Perbincangannya ialah, kepada PAS lawan UMNO dan kenapa UMNO lawan PAS.

    Sumber : Petikan Dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    ReplyDelete
  2. Teruskan muzakarah UMNO PAS tetapi tanpa penglibatan individu seperti Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu, Mustapha Ali, Mahpooz dan Khalid Samad.
    InsyaALlah saya pasti muzakarah ini akan berjaya menyatukan semula umat Islam di Msia.
    Muzakarah bawa Barakah.

    ReplyDelete
  3. buat apa nak muzakarah dgn puak2 munafik hamPAS ni???????

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts