DEBAT KJ-RAFIZI TINGGALKAN TRAUM UNTUK RAFIZI



PEWARIS ANAK BANGSA


SHAH ALAM, 25 Mei 2012 - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri Selangor menafikan pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika disebabkan selepas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas pembangkang dalam debat pemansuhan PTPTN yang gagal melunaskan janji-janji pilihanraya umum 2008.

Beliau berkata demikian selepas majlis Penyerahan cek Bantuan Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Fasa Satu 2012, semalam.

Pengumuman pemberian bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid tadika itu dilakukan sehari selepas Khairy membangkitkan perkara tersebut dalam debat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dianjurkan oleh media Sinar Harian, Selasa lalu.

Khairy dalam debat PTPTN itu membidas sikap retorik pakatan pembangkang memberikan pendidikan tinggi percuma sedangkan dalam masa yang sama tidak pernah melaksanakan janji mudah untuk memberikan bantuan RM50 kepada murid tadika sejak memegang pentadbiran kerajaan negeri Selamgor selepas empat tahun lamanya.


Halimah menafikan pengumuman bantuan tersebut dilakukan kerana mempunyai kaitan rapat dengan apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu dan menganggap ia adalah secara kebetulan sahaja.

"Saya tidak dengar apa yang Khairy cakap. Ini secara kebetulan dan tidak ada kena-mengena dengan Khairy, malah ia sebenarnya dalam perancangan fasa keempat program Merakyat Ekonomi Selangor (MES)," katanya.

Dalam majlis Penyerahan cek Bantuan SJKC dan SAR tersebut, Halimah mengumumkan seramai 3,00 murid tadika berumur empat hingga enam tahun di Selangor, menerima bantuan RM50 sebulan dan tertakluk kepada keluarga yang berpendapatan RM1,500 kebawah mulai Julai ini.

Pemberian bantuan RM50 sebulan itu dilakukan selepas empat tahun kerajaan Parti Keadilan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri Selangor, sejak memenangi pilihanraya umum pada tahun 2008.


sumber KLPOS
 
lama bebenor baru sodouker pakatan. nmpk dh rakyat mengamuk baru nak beli hati nan terluka?

Comments

Popular Posts