MAJLIS PEGUAM MALAYSIA HILANG KREDIBILITI
Jika dahulu sebut sahaja peguam pasti ramai yang berasa hormat terhadap profesion itu, tetapi kini tidak lagi apabila kebanyakan peguam di Malaysia telah diperalatkan pembangkang untuk kepentingan politik. Jadi, tidak hairanlah imej Majlis Peguam Malaysia kini berada ditahap rendah.
Proses pengundian bagi meluluskan resolusi berkenaan didakwa dibuat secara tidak profesional dengan dicemari peguam Pelatih Dalam Kamar, iaitu graduan jurusan undang-undang yang sedang menjalani latihan praktikal untuk menjadi peguam.
Untuk itu, satu permohonan deklarasi EGM berkenaan tidak sah dan terbatal akan difailkan di Mahkamah Tinggi.
Difahamkan dalam pengundian itu, seramai 939 ahli Badan Peguam Malaysia bersetuju dengan resolusi itu manakala 16 sebaliknya. Bagaimanapun, pengundian itu tidak sah dan dilihat melanggar peraturan EGM yang mana turut diundi Pelatih Dalam Kamar yang tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian.
Mendedahkan kepincangan Majlis Peguam mengendalikan EGM berkenaan, ahli Badan Peguam Malaysia, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, iaitu peguam bela dan peguam cara firma guaman Tetuan Azam Aziz & Co, di Sentul, di sini, mendakwa ketika menghadiri EGM itu, beliau meminta penganjur memastikan jumlah sebenar ahli badan berkenaan yang layak mengundi, tidak termasuk Pelatih Dalam Kamar.
"Ketika mendaftar, saya hanya ditanya mengenai nombor keahlian sebelum diberi pelekat jingga. Pelatih Dalam Kamar memakai pelekat biru dan ada juga yang menggunakan pelekat kuning yang saya tidak tahu apa status mereka.
"Tempat duduk juga tidak dipisahkan bagi membezakan peguam dengan Pelatih Dalam Kamar bagi memudahkan proses mengundi. Chee Wee mengumumkan lebih 1,000 orang hadir, sekali gus mencukupkan korum yang hanya memerlukan kehadiran 500 ahli.
"Saya tanya mengapa tiada langkah pengesahan identiti mereka yang hadir, selain kaedah pengiraan secara profesional bagi mengesahkan korum.
Bagaimanapun, Chee Wee menyindir saya, ia sudah menjadi amalan biasa dalam EGM atau AGM (mesyuarat agung tahunan) dan saya perlu membiasakan diri dengan tradisi dalam Majlis Peguam kerana beliau sudah lama menjadi ahli berbanding saya,"
Lebih mengejutkan ketika proses pengundian secara angkat tangan, hanya enam orang ditugaskan untuk membuat kiraan sedangkan jumlah kehadiran melebihi 1,000 orang.
Berikutan tindakannya mempersoalkan kesahihan ahli Badan Peguam Malaysia yang menghadiri mesyuarat berkenaan dan proses mengundi tidak telus, beliau dicemuh oleh peguam lain.
Melihat kepada kaedah EGM Majlis Peguam, sebuah badan profesional yang lantang mengkritik supaya daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibersihkan dan memperjuangkan penggunaan dakwat kekal ketika mengundi tetapi perjalanan mesyuarat itu sendiri carca marba dan dipenuhi pengundi hantu berlakon sebagai peguam.
Lebih membangangkan Majlis Peguam Malaysia itu apabila setiap yang hadir dipertontonkan tayangan video anggota polis membelasah perusuh perhimpunan BERSIH 3.0 termasuk tiga anggota Majlis Peguam yang dikatakan turut dikasari polis.
Persoalan di sini, mengapa hanya episod itu yang ditayangkan sedangkan tindakan perusuh membelasah anggota polis tidak ditayangkan?
Sumber : Wira Kenyalang blog
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
ReplyDeleteSEBENAR NYE BOS-BOS BAR COUNCIL TU DAH KENA BELI DGN ANWAR ALJUBURI.
KALAU TAK PERCAYA, CUBA TANYA MEREKA...... SAMA LA MACAM AMBIGA TU DAH DIBAYAR! KAN?
kalau tanya mereka.. rasanya mereka nak mengaku tak?
Delete