#HBN2012 - Shabeery Chik Lawat Mangsa Kemalangan Perlumbaan Drag
PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Menteri Belia dan Sukan,
Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik kini berada di Hospital Putrajaya untuk
melawat mangsa dan keluarga akibat kemalangan pertunjukan perlumbaan
drag, sempena Hari Jutaan Belia 2012 disini, malam tadi.
Sebelum itu, seramai 17 penonton perlumbaan mengalami kecederaan
termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil
bahagian dalam acara tersebut itu.
Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di
Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian
sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton
yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.
Salah seorang mangsa, Ami bin Nakim, 26, berasal dari Bahau, Negeri
Sembilan, mengalami patah kedua-dua kakinya sementara adiknya yang turut
sama menyaksikan perlumbaan drag tersebut, hanya mengalami kecederaan
ringan.
Beliau yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam
kemalangan itu dan menganggapnya sebagai perkara biasa terjadi dalam
sukan permotoran.
Shaari bin Ujang, 59, Felda Bukit Rokan dan bapa kepada Mohd Iskandar
Rashiq, 20, salah seorang mangsa kemalangan memberitahu wartawan anaknya
mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala, masih lagi menjalani
rawatan.
Hamidah binti Zainal Abidin 51, Cheras, ibu kepada Fairus bin
Jalaluddin, 27, turut mengesahkan anaknya terlibat dalam kemalangan
malam tadi. Anak beliau kini berada di wad pembedahan dan mengalami
kecederaan limpa pecah dan luka di hati.
Kesemua keluarga mangsa menganggap kejadian tersebut harus dijadikan iktibar kepada semua yang terlibat, malah mengakui minat yang mendalam anak-anak mereka terhadap sukan permotoran itu.
Berita selanjutnya akan menyusul.
#Seketeriat Himpunan Jutaan Belia 2012
Comments
Post a Comment