PUISI UNTUK HARI GURU 2012



PUISI HADIAH DARI SAHABAT PU3

Di sini,
Masih ada kenangan yang tersimpan
Liku-liku perjalanan yang ditinggalkan
Bersamanya ada suka duka yang tersembunyi

Di sini
Pernahku  selusuri bersama
angan-angan menggunung
namun
semua itu terbenam,
terbiar
oleh kealpaanku

Di sini,
Ku Sedari,
Perjalanan hari
Esok Tiada Siapa terduga

Kekayaan Tak  Mudah tercapai
Andai diri masih  kekal dalam lamunan
kerana hari  ini
tidak seindah semalam

Kepada rakan seperjuanganku
terima kasih kuucapkan
kerana bersama-sama
melayari pahit manis 
serta penat lelah
di sekolah ini

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA

Hasil Nukilan : Hj Razali Abdullah (SAN Lumadan, Beaufort. 16hb Mei 2012)

Comments

Popular Posts