PENDEDAHAN SKANDAL WANG AZMIN ALI: RAJA PETRA
PENDEDAHAN YANG SANGAT MENGEGARKAN. BOLEHKAH AZMIN MEMPERTIKAIKAN BUKTI YANG TELAH DIDEDAHKAN?
RAJA PETRA KAMARUDDIN didalam lamannya
hari ini telah mendedahkan satu kenyataan lengkap dari pegawai penyiasat
BPR bagaimana Anwar Ibrahim telah mengarahkan Ketua Pengarah BPR untuk
menutup kes Rasuah Azmin Ali. Anwar pada ketika itu memegang jawatan
sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kes ini berlaku
pada tahun 1995 yang ketika itu Azmin adalah sebagai Setiausaha Sulit
kepada Anwar Ibrahim.
Lihat pendedahan di bawah
Kenyataan pegawai BPR yang asal
Saya adalah seorang
bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap
Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil
untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan
Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya-raya dan malah cerita Shamsidar
merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana
telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli
sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal
sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.
Di sini saya hendak
menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu,
iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti,
pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan
Abul (Pegawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana
baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah
menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau
Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan
ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah
jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.
Kronologi Kes
Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang ditandakan sebagai Lampiran A).
Pemberi maklumat
menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995
hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang
RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah Gred 41 sahaja di dalam
Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat
bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang
ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh
24.5.1995.
Ekoran itu, satu minit
ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana
Lampiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 –
1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton
Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saham Hicom, sebuah rumah
No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati, seluas 8500 sqft.
Hebatkan? BPR siasat ke?
Atas arahan Datuk Shafee
(lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon
Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah Seksyen
23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali.
Tuan-tuan semua tahu,
kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu
akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar
atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan
awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya
berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalau bukan Anwar
Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.
Now, what is the legal
implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to say he
is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption
Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin
having an unexplain excessive property.
Di ketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.
Namun, saya amat
merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi
memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (lihat minit No. 2 bertarikh
20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa
pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of
the minutes).
Usaha mendapatkan Notis berjaya dan lihat Minit-minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.
Rujuk minit 10, lihat
bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya
bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan
beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan
kami. Akhirnya lihatlah Minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada
Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin,
Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu
harta Azmin adalah di luar kemampuannya.
Dramatiknya selepas itu,
Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk
Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun
lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally
instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk
minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”.
Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang
digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan
tiada tindakan lanjut.
Perbuatan Datuk Shafee
ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan
juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah
suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh
kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency
dan terutamanya Rakyat Malaysia.
Di bawah ini tuan-tuan
bolehlah tatapi pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di
dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan
Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.
Pengisytiharan harta
secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes
pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta,
cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah
melampaui RM7 juta lebih. Seorang surirumah tangga amat kaya dan
dikayakan oleh Anwar.
Sebab itu apabila Anuar
Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk
siasatan lanjut, apakah masyarakat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.
Orang seperti Datuk
Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat penyamun yang
diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada negara. Banyak
kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this.
Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti
Datuk Shafee.
Kes ini melibatkan satu
siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali, Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar
dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun 1995.
Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi
yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa
memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut.
Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan
Malaysia.
Berdasarkan maklumat dan
repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor
BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00
sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah
pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit
sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75.
Manakala rumah
kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit
sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35.
Jika dicampurkan kedua
bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan
menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di
mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini??
Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin digunakan untuk membayar
hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin
mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi di mana
Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.
Siasatan yang dijalankan
oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no
plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 di mana bayaran deposit sebanyak
RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan.
Kereta kedua pula Proton
Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan
sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini
ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar.
Mana taknya kalau dilihat gaji Setiausaha Sulit TPM pun pada masa tu
baru RM2 ribu lebih.
Saham yang dimiliki oleh
Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisnessman. Cuba kita lihat
bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran
saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk
baki-baki di dalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300
ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita
mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??
Tetapi perkara yang
paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang
jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yang berlebihan yang tidak
setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA
YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG
YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT
KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT
Untuk makluman, pada
waktu itu Ketua Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahaya. Dengan nyata
skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bila mana
menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita
tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai
bahawa tak mungkin dengan gaji RM2 ribu lebih sebulan mampu mempunyai
gaya hidup mewah seperti Azmin. TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan
siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut
telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung? Ataupun sama dah
NYANYUK???????? - SUMBER: MATOMERAH BLOG
Pu3 nak korang fikirkan semula , pendedahan ini telah membuka 1 lagi sifat Anwar semasa memegang jawatan nombor 2 negara. Dia telah menggunakan kuasanya untuk membantu orang kesayangannya Azmin dan si isteri "kongsi" shamsidar. Adakah inilah pemimpin idaman PKR? sendiri kena ingatlah. Nampaknya solat hajat semakin makbul. Satu persatu bosul busuk anwar terserlah tanpa perlu BN menjejakinya.
Moga rakyat buka mata kepala dan mata hati untuk menilai siapa sebenarnya pemimpin pembangkang.
ReplyDeleteWell said...bravo!!
ReplyDeleteWahh kaya Azmin Ali kan... tapi tidak setanding Datuk Najib PM kita hari ini.. lebih kaya, dan tidak setanding Rosma ni hari cincin ja berjutah suda..
ReplyDeleteXhabis2 nak menabur fitnah pada PM&wife.... Renung2kan dan fikirkanlah...
ReplyDelete