PEGUAM MUDA PROFESIONAL BANTU JAYAKAN HBN - # Seketeriat HBN 2012
PEWARIS ANAK BANGSA
Putrajaya - “Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai
aktiviti yang bermanfaat bukan sekadar hiburan"
semata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan
dan karier,” ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali
Haji Ibrahim dalam taklimat Hari Belia Negara (HBN) 2012 bersama
25 peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) di sini hari ini.
HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23
sehingga 27 Mei disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang
sediakan khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti
dan bakat-bakat masing-masing.
Menurutnya lagi, “peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan
dalam pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman
secara percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang
permasalahan kepada pengungjung-pengungjung yang hadir pada
HBN kali ini.”
Di samping itu, KBS menggalakkan belia-belia profesional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama dalam
menjayakan HBN yang bakal mengumpulkan dua juta generasi pemimpin masa
depan negara.
Comments
Post a Comment