PENYAKIT TERSASUL MELANDA PEMIMPIN PAKATAN! SATU WABAK!!
PEWARIS ANAK BANGSA
Berapa banyak tersasul sampai panjang bebnor ayat kenyatan Karpal tu. Kalu tersasul, kenapa bukan Karpal sendiri buat kenyataan membetulkan KESASULAN tu? Kenapa pul Lim Guan Eng membuat kenyataan mewakili karpal Singh?
25hb mei 2012 GEORGETOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng
menafikan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh ada mengeluarkan
kenyataan mengenai perjuangannya untuk memastikan bukan Melayu
menyandang jawatan Perdana Menteri.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata,Karpal tersasul ketika
mengeluarkan kenyataan di khalayak ramai dan ia diputarbelit oleh
sesetengah media sehingga menjadi isu besar.
“Beliau (Karpal) tersasul ketika mengeluarkan kenyataan dan saya rasa
ia tidak perlu diperbesarkan. Ini hanya satu propaganda oleh sesetengah
media sehingga ia menimbulkan keresahan kepada rakyat.
“Sesetengah media yang ‘dipegang’ oleh sebuah parti ini hanya tahu
memutar belit fakta sahaja, padahal Karpal hanya tersasul,” katabeliau
kepada media hari ini.
Menurutnya, DAP dan Pakatan Rakyat (PR) masih berpegang teguh dengan
pendirian bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan
dilantik menjadi Perdana Menteri jika PR menakluki Putrajaya kelak.
Berapa banyak tersasul sampai panjang bebnor ayat kenyatan Karpal tu. Kalu tersasul, kenapa bukan Karpal sendiri buat kenyataan membetulkan KESASULAN tu? Kenapa pul Lim Guan Eng membuat kenyataan mewakili karpal Singh?
KUALA LUMPUR 23 Mei – Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, selagi
hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu
menyandang jawatan Perdana Menteri.
Menurutnya, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa
Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak memegang jawatan
nombor satu negara, namun beliau secara peribadi menganggap tidak ada
undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon
bukan Melayu.
“Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas kenyataannya dalam beberapa laporan akhbar berbahasa
Inggeris sebelum ini tentang beliau menamakan Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri, Karpal mengakui
tersilap menyebutnya tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan
menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.
“Saya akui tersasul menyebut menamakan Lim Guan Eng sebagai Perdana
Menteri tetapi buat masa ini, kita (pakatan pembangkang) sepakat untuk
pilih Anwar jika menang pilihan raya nanti,” jelasnya.
Menurut Karpal, tidak termaktub dalam Perlembagaan negara yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.
“Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi
Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan
memperjuangkan impian ini,” tegas beliau.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kota Alam Shah,
M. Manoharan turut senada dengan Karpal yang mahu melihat bukan Melayu
memegang jawatan Perdana Menteri.
Kata beliau, tidak ada salahnya mana-mana kaum di negara ini menyandang jawatan tersebut. – Utusan Malaysia
Andailah Karpal Singh TERSASUL PANJANG. M.Manohara pula TERSASUL SOKONG ker? Betulker tersasul ni? LANGKAH MAYAT tu tersasul jugaker?
Adalah lebih baik bukan Lim Guan Eng membetulkan kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh. Empunya badan dan mulut membuat pengakuan terbuka. Memperakui kenyataannya dalam keadaan SEDAR atau memang benar TERSASUL seperti dakwaan ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.
Penyakit TERSASUL kot melanda pemimpin pakatan ni. Sebelum ini Presiden PAS juga membuat kenyataan bahawa SALAH LAPOR berkenaan MUZAKARAH. Mengatakan TIDAK AKAN ADA MUZAKARAH PAS-UMNO. Dalam masa yang sama Nik Aziz TERBABAS masih kata tetap adakan MUZAKARAH dengan UMNO walau UMNO tidak mahu . Waaaahhh apa dah jadi? Adakah ini juga MAKBULnya solat HAJAT yang dibuat oleh PAS dahulu?
TerSASUL Anwar cerita PTPTN. Penyakit LUPA kelulusan PTPTN itu zaman dia menjadi timbalan Perdana menteri. Lim Guan Eng ketika itu bersetuju dan menyokong. Banyak sangat TERSASUL, LUPA menjangkiti dan menyerlah penyakit sejak akhir-akhir ini. Kenapa ya?
Agaknya penyakit LEMAH ini kerana TEKANAN PERASAAN melanda kepimpinan Pakatan pembangkang yang melihat ROAD TO PUTRAJAYA semakin berliku-liku. Jambatan nak direntasi semakin sulit nak lalu. Kalau Pakatan Pembangkang di Sabah menggunakan kata kebiasaan orang Sabah sebagai slogan mereka "INI KALILAH" pu3 jawablah ya. "JANGAN MIMPILAH"
selepas ini siapa lagi akan terjangkit penyakit LEMAH in dalam kepimpinan Pakatan ya ? Jangan kata tak ada. memang ada. Khalid Gagap asyik LUPA macam mana rupa SAMPAH yang berlambak di selangor. Nik Aziz LUPA warna JERNIH air bersih. Azizan LUPA PUB tumbuh bagai cendeawan kat kedah. Lim Guan Eng LUPA hal bahagian tanah Masjid di Pulau Pinang. Jeffry Kitingan LUPA duit Rakyat Sabah dia bawa lari ke Hong Kong dulu. Wan Azizah terlupa mana letaknya jam OMEGA. opppsss.. ada kat rumahlah. Rafizi lupa tadika PASTI ada bayaran. lor! bukan penyakit baru rupanya. dah berdekad penyakit ini ada dalam kepimpinan Pakatan. Penyokong mereka je TerLUPA !
Pu3 tak akan LUPA dan sentiasa akan mengingatkan rakan UMNO yang lain. Insyallah.
Hilang 500 juta beli kapal selam.. Tersasul, beli atau sewa cincin (puak TIBAI ckp rosnah sewa je cincin tu berjuta utk pameran).. Tersasul, bisnes lembu terbeli rumah, kereta dll.. Tersasul juga, sapa yg ingat ketersasulan umno tolong tambah..
ReplyDelete