Countdown Hari Belia Negara 2012 - Pusat Media Mula Dibuka Hari Ini
PEWARIS ANAK BANGSA
HBN 2012 yang bertemakan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini ” berlangsung selama 5 hari bermula 23- 27 Mei di Putrajaya. Sambutan tahun ini menyaksikan 500 acara dalam 38 segmen, 1,000 persembahan, 24 pentas di sepanjang enam kilometer dengan sasaran untuk menghimpunkan seramai dua juta belia.
Pusat
Media semperna Hari Belia Negara mula dibuka dari hari ini sehingga 27 Mei
2012. Menurut kenyataan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pusat itu
beroperasi dari pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 malam setiap hari. Antara
kemudahan yang disediakan adalah komputer, internet, wi-fi, mesin fax dan
telefon. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Saudara Razali Mohamed Yasin di
talian 013-3408413 (e-mail: razali_m@kbs.gov.com.my) atau Muhammad Arif Mat
Jusoh di talian 017-9478231(e-mail: ariff@kbs.gov.com.my).
HBN 2012 yang bertemakan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini ” berlangsung selama 5 hari bermula 23- 27 Mei di Putrajaya. Sambutan tahun ini menyaksikan 500 acara dalam 38 segmen, 1,000 persembahan, 24 pentas di sepanjang enam kilometer dengan sasaran untuk menghimpunkan seramai dua juta belia.
“Himpunan
HBN 2012 adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan bagi menjadikan Putrajaya
sebagai medan besar untuk para belia mempamer tenaga dan kreativiti mereka.
Pemimpin terdahulu, telah mendirikan Putrajaya sebagai kota kemegahan kita.
Mari kita beri pengisian kepada kota ini dengan semangat dan tenaga para belia
untuk masa depan kita bersama.” - Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd
Najib Bin Tun Abdul Razak.
Comments
Post a Comment