KENYATAAN MEDIA OLEH 1MDB

Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad
Dikeluarkan pada 5 Januari 2016
Untuk siaran segera

Penjelasan tentang Bandar Malaysia

1MDB mengambil maklum bahawa terdapat sesetengah pihak yang menyerang penilaian jualan tanah bernilai RM7.41 bilion yang terkandung di dalam pengumuman Perjanjian Jual Beli Saham yang berjaya dilaksanakan baru-baru ini dengan Konsortium IWH-CREC bagi jualan 60% ekuiti dalam projek Bandar Malaysia oleh 1MDB. Serangan ini dilihat sebagai percubaan terakhir oleh pihak pembangkang bagi menjejaskan proses rasionalisasi syarikat.

Penilaian yang terkandung dalam pengumuman yang dibuat oleh CREC pada HKEx bukanlah merujuk kepada penilaian jualan tanah, tetapi kepada anggaran saham mereka dalam nilai ekuiti bersih projek bandar Malaysia, berdasarkan andaian-andaian tertentu, yang tertakluk kepada perbincangan lanjut ketika tempoh penyelesaian (Completion period) di antara Januari dan Jun 2016. Titik permulaan sebarang perkiraan nilai ekuiti bersih ialah penilaian jualan tanah iaitu RM12.35 bilion, di mana 60% pegangan Konsortium tersebut bersamaan dengan RM7.41 bilion. Inilah asas di mana perkiraan deposit 10% bernilai RM741 juta dibuat dan dipersetujui oleh kesemua pihak.

Ketika tempoh penyelesaian (Completion period), pelarasan mungkin akan dibuat ke atas penilaian jualan tanah RM7.41 bilion tersebut, bergantung kepada sama ada liabiliti-liabiliti tertentu berkenaan Bandar Malaysia boleh dipindahkan kepada Konsortium tersebut, sebagai contoh, baki kos kontrak untuk proses penempatan semula kemudahan sedia ada serta hutang sukuk Bandar Malaysia. Perjanjian yang ditandatangani di antara pihak-pihak yang terbabit pada 31 Disember 2015 mempunyai mekanisme teguh dan objektif untuk menentukan, antaranya, hal-hal seperti ini, yang telah mendapat komitmen semua pihak. 

1MDB kini menumpukan usaha untuk mengambil langkah-langkah yang perlu dan untuk memperolehi kebenaran-kebenaran yang berkenaan bagi melaksanakan perjanjian yang sah dari segi undang-undang (legally binding agreements) yang ditandatangani pada 2015 untuk penjualan Edra, penukaran hutang untuk aset dengan IPIC dan penjualan 60% ekuiti dalam projek Bandar Malaysia. Kami berhasrat untuk memberi makluman terkini berkenaan perkara-perkara ini dari semasa ke semasa.

6/1/2016 12:37:05 PM

Comments

Popular Posts