TUJUH DITAHAN RANCANH KEGANASAN DI LOKASI STRATEGIK


KUALA LUMPUR:  Tujuh individu ditahan selepas disyaki bertanggungjawab merancang untuk melancarkan serangan keganasan di beberapa lokasi strategik di seluruh negara.

Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 26 hingga 50 tahun ditangkap selepas bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM melancarkan operasi di Kedah, Johor, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur pada 22 Januari lalu.

Tangkapan ini adalah susulan daripada  tangkapan seorang suspek di Ampang pada 15 Januari lalu.

Dalam kenyataan Polis Diraja Malaysia, salah seorang daripada suspek menerima arahan daripada Muhammad Wanndy Mohamad Jedi @ Abu Hamzah, warga Malaysia yang telah menyertai Daish di Syria.

Seorang lagi pula mendapat arahan daripada pemimpin kanan Khatibah Nusantara, Bahrom Naim yang turut bertanggungjawab dalam melancarkan serangan di Jakarta baru-baru ini.

Dalam tangkapan di Johor, suspek yang berusia 31 tahun yang berasal dari Sabah dan bekerja di bahagian operasi di sebuah hotel di nusajaya manakala seorang lagi suspek berusia 33 tahun yang bekerja sebagai penyelia stor kilang.

Seorang suspek di Kedah pula yang berperanan mengumpul dan menyalurkan dana kepada mana-mana rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menyertai Daish di Syria.

Suspek yang berusia 50 tahun itu, juga menggunakan dana terbabit unutk membiayai operasi serangan ganas di Malaysia. Dia turut dibantu seorang suspek berusia 26 tahun yang berasal dari Terengganu di kedai cendol miliknya.

Tiga lagi suspek ditahan di Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang masing-masing bekerja sebagai pembantu makmal, jurupasang GPS dan pengawal keselamatan.

Antara barangan yang dirampas termasuklah 30 butir peluru pelbagai jenis, buku-buku jihad, bendera daish, serta video propaganda Daish.

Kesemua mereka ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).- ASTRO AWANI

Comments

Popular Posts