ADA ADA SAJA. !!!


LADY memang suka sangat penyakit mengaku keturunan itu ini disiasat terutama sekali yang mengaku dirinya berdarah biru ni. Apa lagi tindakannya semakin menjadi-jadi sehingga boleh pula menganugerahkan bintang kebesaran kepada individu tertentu. Kalau betul baguslah.. tetapi jika ia tidak benar??? Gurauan??? Lawak jenaka??? Hal sebegini bukan boleh dijadikan bahan gurauan atau permainan kanak-kanan yang berlakon jadi raja jadi ratu seperti zaman LADY masih kanak-kanak lagi!!!!

LADY setuju sangat hal ini disiasat!!

Sila baca di bawah

Polis siasat lelaki dakwa diri Sultan Melaka

Bernama | Kemas kini: Januari 05, 2016 (Diterbitkan pada: Januari 05, 2016 8:18 MYT)
Polis siasat lelaki dakwa diri Sultan Melaka

Awal tahun lepas, Noor Jan pernah dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Rendah Melaka bagi membantu siasatan kes dirinya sebagai Sultan Melaka. - Gambar fail

MELAKA:  Polis Melaka telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas mengenai seorang lelaki yang mengaku diri sebagai Sultan Melaka.


Siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 itu dijalankan berikutan laporan daripada Pejabat Ketua Menteri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata siasatan akan dijalankan di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan bukti selain mengesan saksi atau individu berkaitan kes berkenaan.

"Kita juga sedang mengesan lelaki yang mengaku sebagai Sultan Melaka itu untuk merakam percakapannya selain penerima-penerima pingat atau darjah daripada beliau," katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Shaikh Abdul Adzis berkata polis telah menerima laporan dibuat Pejabat Ketua Menteri Melaka terhadap ahli perniagaan Noor Jan Tuah, 58.

Lelaki itu mendakwa dirinya Sultan Melaka di Balai Polis Ayer Keroh kira-kira jam 10.30 pagi pada 30 Dis lepas.

Awal tahun lepas, Noor Jan pernah dikenakan tahanan reman oleh Mahkamah Rendah Melaka bagi membantu siasatan kes dirinya sebagai Sultan Melaka.

Isu Noor Jan kembali hangat setelah gambar beliau mengadakan majlis pengurniaan darjah kebesaran kepada beberapa individu dan aktivis menjadi viral di dalam media sosial.

Antara yang dikurniakan darjah kebesaran membawa gelaran datuk ialah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Noor Jan perlu menghormati perkembangan serta perundangan negeri dan negara ini dan tidak memburukkan suasana keharmonian sedia ada.

"Isu ini menyentuh urus tadbir sebuah negeri...sebuah negara yang berdaulat dan telah merdeka.

"Perkara ini bukan bahan jenaka dan setiap rakyat perlu mendukung perlembagaan negara," katanya ketika ditemui pemberita.- BERNAMA

Comments

Popular Posts