DEMI KERUSI PAS SANGGUP

Jadi betullah nik aziz sanggup bersekutu dengan DAP kerana pertahankan politik dan kerusi yang dipegangnya dan kerusi berbaki lain.

Jadi betullah nik aziz menafsirkan HIJRAH baginda Rasulullah SAW dari kota Mekah ke madinah kerana pertahankan kerusi. Masyallah! Biar betul orang tua ni. Dia nak menyamakan HIJRAH baginda Rasulullah SAW dengan tindakannya dalam pakatan? Mana guruler yang mengajar nik aziz ni sehingga menjadi seorang manusia yang mentafsirkan setiap peristiwa bersejarah dalam Islam dan tafsiran wahyu ILAHI dalam tafsiran jauh dari maksudnya?

Pu3 baca tulisan rakan blogger yang menarik perhatian pu3. Jom baca ni :
BAGINDA NABI DIPERINTAH ALLAH MELALUI UTUSAN ALLAH IAITU JIBRIL SUPAYA BERPINDAH DARI KOTA MEKAH KE KOTA MADINAH UNTUK MENEGAKKAN SYIAR ISLAM,MENGASIHI SESAMA ORG ISLAM  YANG KAFIR DATANG PADA ISLAM BUKAN MACAM NIK AZIZ TUNDUK PADA KARPAL SING DAN MEMECAH BELAHKAN UMAT ISLAM DGN MENCETUSKAN HURU HARA SEPERTI BERSIH3.0 TEMPOH HARI., DAN YANG ISLAM BERTAMBAH TAQWA DAN IMANNYA DAN BAGINDA TIDAK INGIN KAN KERAJAAN SESIAPA,HARTA MAHUPUN KERUSI.LAYAKKAH SEORANG UMAT NABI DISAMAKAN DENGAN BAGINDA NABI YANG DIPELIHARA TINGKAH LAKU (MAKSUM). SEDANGKAN KEBELAKANGAN INI BANYAK KENYATAAN2 NIK AZIZ BERTENTANGAN NGN AKIDAH SEBENAR NYA MCM NI NABI X AMBILPUN KERUSI SELEPAS NABI DAN SAHABAT BERJAYA MENGALAH KAN MUSUH PADA MASA TU BEGITU JUA NGN RASUL2 YG LAIN CONTOHNYA NABI MUSA A.S WALAUPUN FIRAUN DAN TENTERANYA HABIS DILEMASKAN NABI MUSA A.S TAK AMBIL PUN KERUSI KERAJAAN .WALAU PUN BAGINDA PRINCE OF EGYPT. PADA KETIKA ITU.DAN KISAH NABI IBRAHIM A.S PULA TIDAK MENGAMBIL KERUSI KERAJAAN NAMRUD WALAUPUN NAMRUD DAN SELURUH KERAJAAN NYA HANCUR BINASA DAN SEMUA ITU ADALAH ORG2 KAFIR-.NABI MUHAMMAD S.A.W SENDIRI TIDAK MENGAMBIL TAMPUK PEMERINTAHAN KOTA MEKAH SELEPAS ORG2 MEKAH SENDIRI TIDAK TERDAYA MENGHADAPI NABI S.A.W DAN PARA SAHABAT R.A SETELAH KEJATUHAN KOTA MEKAH-.KENYATAAN NIK AZIZ NI DILAKUKAN NIK AZIZ PADA KHUDBAH JUMAAT NYA PADA MINGGU LEPAS, MENGAPA PUAK2 PAKATAN NI MASIH TIDAK MAHU MEMBETULKAN KESALAHAN YG DILAKUKAN OLEH SEORANG YG CUBA MEMECAH BELAHKAN UMAT DAN CUBA MENEGAKKAN FAKTA YG TIDAK BENAR DAN BOLEH DIANGGAP MENGHINA BAGINDA NABI DAN SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA.- pendekarmelayu blog

Ada orang PAS berkata pada pu3 , untuk menentang kezaliman dan lemungkaran pemerintahan sekrang. Perlu bersama-sama kumpulan bukan Islam.

Yeker? Bersama-sama DAP yang menentang Islam itu sendiri? So persoalannya kenapa nak pertikaikan MCA, gerakan, MIC, PPP dan parti komponen lain bersama dalam BN? Samakan antara parti tersebut juga pemimpinnya bukan Islam. Yang berbeza, parti komponen dalam BN tidak pernah berkata " Langkah dulu mayat aku kalau nak jadikan Malaysia negara Islam"

Kemungkaran apa yang dilakukan oleh pemerintah sekarang, menduakan Allah? Menghina junjungan baginda rasulullah? Memperlekehkan agama Islam? Ada? Mana bukti dan faktanya.

Tetapi dalam PAS? Mengangkat pemimpin yang pernah ditangkap bersma isteri orang. Adakah itu antara dakwa dalam PAS? Mana al-quran yang menghalalkan seorang yang bukan muhrim berdua-duaan dalam gerabak dalam keadaan meragukan?

Kenapa PAS tak mempersoalkan penangkapan ustz PKR bersama isteri orang jam 3 pagi? Memberi motivasi? Berduaan dalam bilik hotel? Eh? Dalil mana yang membenarkan perbuatan demikian. Kenapa PAS berdiam? Kerana nik aziz tk benarkan?

Hanya nik aziz sahaja boleh mengeluarkan fatwa ya?

Jelas bahawa nik aziz bukan memperjuangkan agama tetapi memperjuangkan kuasa. Walau agama itu digadai.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts