HIJRAH GLAMOUR????

Ramai lagi artis menyelami ajaran agama. Tapi tak semua macam dia ni. Hari ni pu3 baca status twitternya. Ish... Nampak ada tak kena lah dia ni.


Kalau nak mendalami agama Islam. Tak perlu mendalaminya dalam parti PAS. PAS tu hanyalah sebuah parti politik sahaja. Banyak lagi agensi memperjuangkan agama islam. Banyak lagi badan-badan dakwah islam sudah diwujudkan tanpa melibatkan dunia politik pentadbiran.


Betulkah hanya PAS sahaja sah dakwah Islamiah halal?

Pu3 kenal seorang sahabat artis, yang juga memperjuangkan agama Islam. Dia berceramah dan berdakwah untuk kesedaran Islam. Tetapi tidak menyertai PAS pun. Tak kecoh dan mengglamourkan diri, apa lagi menunjukkan kebanggaan diri kerana HIJRAH
 

Berbeza pula Pu3 tengok pula artis yang semakin hangat diberi green light berceramah dalam program PAS ni, nampak melalutnya. Pu3 tak nak cakaplah, banyak dah perkara menampakkan apa yang pu3 ceritakan. Korang boleh nilai dan tahu siapa artis-artis berkenaan. Berbicara bukan main lancang, mengutukpun bukan main hebat. Dah ditarbiah PAS ni, dah tak sayang mulut.


Cari glamour yang dah makin tak popularker?

Soalan pu3, adakah Islam membenarkan umatnya tidak menjaga LIDAH?

Setahu pu3 HIJRAH ini dari yang jahat kepada kebaikan. Bukan ke arah kesilapan. Renung-renungkan. Bacaler status tu yer.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

  1. Hijrah kita adalah sesuatu yang peribadi...tidak perlu dilaung2kan atau melalui mana2 parti politik. Penghijrahan kita adalah di antara kita dgn Allah dan ia bermula dgn hati yg betul2 insaf dgn keagungan Allah SWT. Tak perlu "tweet"kan atau "fb"kan penghijrahan tersebut...jadi riak pulak nanti...wallahualam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts