THAIPUSAM DISAMAKAN DENGAN DEMONTRASI JALANAN?- MP PAS YANG KATA
PEWARIS ANAK BANGSA
Tak sangka MP Pas terdesak nak mempertahankan demontrasi BERSIH sebagai demontrasi seperti acara keagamaan. apa punya akal tahap cipan MP ini. Nak baca lagi ? Jom baca tulisan ini :
isu kenyataan YB Salahuddin dari Parti PAS kononnya dari parti komponen Pakatan Rakyat yang menyamakan Perayaan Thaipusam dengan Demonstrasi Jalanan.Perayaan Thaipusam adalah “demonstrasi jalanan hindu”?
Sebelum itu saksikan video yang tersebar di youtube akan kenyataan YB salahuddin yang mengaitkan Perayaan Thaipusam adalah salah satu contoh Demonstrasi yang boleh menarik pelancong? Biar betul YB?
Penulis mengkritik hujah YB Salahuddin yang saya boleh kata “buta agama lain” dengan menyamakan satu perayaan atau perarakan sembayang yang boleh disamakan dengan Demonstrasi Jalanan. Apakah YB SALAHuddin cuba maksudkan bahawa semua penganut hindu yang penyambut thaipusam adalah puak pelampau sama seperti BERSIH?
Untuk pengetahuan Yang Bahlul oppss Yang Berhormat, Perarakan dan Perayaan Thaipusam adalah ritual keagamaan dan perarakan kuil adalah dengan kebenaran atau permit yang diluluskan oleh pihak berkuasa.Jikalau pihak berkuasa membatalkan permit perarakan, maka pihak kuil tidak akan sekali – kali meneruskan perarakan tersebut. Apakah ini sama dengan Demonstrasi Jalanan Bersih? Walaupun permit tidak diluluskan dan Mahkhamah telah menolak permohonan berhimpun, puak pelampau Bersih tetap berdegil mahu berdemo di Jalanan. Sama dengan Thaipusam?
Saya bingung dan keliru namun apakah intipati sebenar kenyataan yang dikeluarkan oleh YB tersebut? Apabila Perayaan Thaipusam iaitu satu perayaan yang dirayakan oleh penganut beragama hindu untuk menunaikan nazar mereka kepada Dewa Muruga disamakan atau diadilkan dengan demonstrasi Bersih yang dianjurkan oleh Dato Ambiga tapi diketuai oleh Dato Sri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Anugerah Tuhan adalah sama. Apakah YB Salahuddin samakan Dewa Muruga dengan “Anugerah Tuhan” Anwar Ibrahim? Apakah itu maksud YB?
Ini bukan satu hal remeh-temeh yang boleh dilepaskan begitu sahaja, saya pohon Malaysian Indian Congress akan bersuara meminta penjelasan daripada kenyataan YB tersebut. Bukan sahaja MIC, malah penulis memohon agar semua parti Politik seperti Makkal Sakti, PPP, Gerakan, NGO seperti Hindu Sangam dan bangkit menentang kenyataan debat YB Salahuddin. sekurang – kurangnya tunjuklah anda masih hidup dan mengambil tindakan sewajarnya dengan kenyataan yang lebih menyelarkan keagamaan hindu.
pssstttt : Dengar kata beberapa pemimpin india akan membuat laporan polis terhadap Yb Salahuddin. Baguslah!- shizone.com
Apa nak jadi pemimpin PAS, semakin lama semakin teruk mereka tunjukkan. kalau perayaan kaum Hindu dikatakan demontrasi jalanan. bagaimana perasaan kita sebagai muslim dikaitkan perarakan Maulidur_rasul dan maal Hijrah dengan demontrasi jalanan? Ingatlah walau YB MP Pas Salahuddin, Allah menjadi manusia ini berbangsa-bangsa. kalau kita sebagai Muslim tak menghormati bangsa lain dan agama yang mereka anuti.. ertinya kita sama juga seperti YAHUDI yang meletak bangsa lain serendah-rendah darjat. kalau tak hormat bangsa dalam Malaysia. Baik letak jawatan, pu3 rasa, pengundi awak dulupun ada juga berbangsa India!
fahami firman Allah SWT :
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan Kami jadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan puak supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana .- Surah Al-Hujurat: 13
ps: Patutlah Nik aziz pernah kata. Allah swt mencarut. astagfirullah. dah sesat PAS ni
Din Pudu apa tahu
ReplyDeleteBetul nya bergantung pada niat yg tersirat di hati masing2,inilah maksudkata2 ngeh buang masa je..
ReplyDelete